UPM Institutional Repository

Pengetahuan, pandangan dan kesediaan menggunakan sulh dalam kalangan orang Islam di Selangor


Citation

Ahmad, Sa'odah and Abu Bakar, Elistina and Hasbullah @ Abdullah, Muslihah and Kahar, Rojanah and Johari, Mohammad Arif (2024) Pengetahuan, pandangan dan kesediaan menggunakan sulh dalam kalangan orang Islam di Selangor. Journal of Law and Governance, 7 (1). pp. 214-225. ISSN 2637-0743

Abstract

Kesejahteraan keluarga menjadi agenda dalam Dasar Keluarga Negara. Prinsip 6 menghendaki undang-undang, program dan dasar yang digubal perlulah mesra keluarga. Strategi 2 pula memfokuskan advokasi yang mengutamakan kesejahteraan keluarga. Mahkamah Syariah telah memperkenalkan kaedah penyelesaian pertikaian alternatif (sulh) bagi memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pertikaian keluarga untuk menyelesaikannya secara tidak formal dan konstruktif di luar sistem mahkamah. Namun, sulh bukanlah proses yang mandatori. Oleh itu, ia tidak begitu popular berbanding dengan perbicaraan penuh di mahkamah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara umur, pengetahuan, pandangan dan kesediaan menggunakan sulh dalam kalangan orang Islam di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi, keratan rentas dan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden kajian. Responden terdiri daripada peserta kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara pengetahuan, pandangan dan kesediaan menggunakan sulh sebagai kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah keluarga. Hasil ujian regresi pula menunjukkan pandangan adalah faktor peramal yang paling mempengaruhi kesediaan menggunakan sulh dalam kalangan orang Islam di Selangor. Dapatan ini memberi implikasi bahawa sebarang inisiatif atau program untuk menggalakkan kesediaan menggunakan sulh sebagai kaedah pilihan penyelesaian pertikaian dalam kalangan orang Islam perlu memberi penekanan kepada aspek pembinaan pengetahuan dan pandangan yang positif terhadap sulh.


Download File

[img] Text
118271.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial No Derivatives.

Download (362kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Universiti Islam Melaka
Keywords: Sulh; Family welfare; Islamic law; Selangor; Malaysia; Alternative dispute resolution
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 03 Jul 2025 01:40
Last Modified: 03 Jul 2025 01:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118271
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item