UPM Institutional Repository

Komponen makna leksikal bertokoh dalam dialek Melayu Utara


Citation

Sha'ri, Sharil Nizam and Abdul Aziz, Adi Yasran and Husain, Salina and Yop Othman, Zul Hanis (2024) Komponen makna leksikal bertokoh dalam dialek Melayu Utara. Jurnal Linguistik, 28 (2). pp. 16-33. ISSN 1823-9242

Abstract

Penelitian komponen makna leksikal dalam dialek Melayu telah menimbulkan masalah kekaburan bagi pengguna dialek khususnya dialek Utara (DU). Masalah ini juga menyebabkan pengguna mengalami kekeliruan dalam memahami makna leksikal yang dituturkan oleh penutur DU serta tidak dapat mentafsir makna dengan tepat. Perkara disebabkan oleh berlakunya makna lingkaran dan makna bertindih. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengenal pasti entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4), menghuraikan entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam KD4 dengan mengaplikasikan Teori Analisis Komponen Makna (1975) yang diasaskan oleh Eugene A. Nida, dan merumuskan definisi baharu entri DU dalam KD4. Metodologi kajian melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Bilangan responden adalah seramai 30 orang yang dipilih secara kaedah persampelan berkumpulan dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang terletak di Bandar Baru Selayang, Selangor. Lokasi ini dipilih kerana merupakan lokasi yang paling strategik dan mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh pengkaji. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek jarak tempat tinggal, masa, persekitaran, faktor kerjasama dari segi data kajian dan bilangan respondan didapati cukup untuk menjawab data yang diperlukan. Kaedah temu bual dan rakaman audio digunakan semasa proses mengumpul data kajian. Hasil kajian telah menemukan makna baharu yang diperoleh daripada temu bual dengan penutur asli DU. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membuka ruang dan jurang kepada pengkaji akan datang bahawa kajian makna leksikal khususnya dalam dialek masih mempunyai banyak unsur yang boleh dikaji.


Download File

[img] Text
118269.pdf - Published Version

Download (489kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Lexical meaning; Malay Northern dialect; Ambiguity; Overlapping meaning; Circular meaning; Component analysis of meaning
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 03 Jul 2025 00:58
Last Modified: 03 Jul 2025 00:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118269
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item