Citation
Yusof, Khairul Adib and Abdul Hamid, Nurul Shazana and Abdullah, Mardina and Ahadi, Suaidi
(2024)
Pengesanan denyutan Pi2 hampir masa nyata berdasarkan Model Pembelajaran Mesin Terautomatik.
Jurnal Kejuruteraan, 36 (3).
pp. 1301-1310.
ISSN 0128-0198; eISSN: 2289-7526
Abstract
Impak ribut kecil geomagnet terhadap cuaca angkasa dan pelbagai teknologi di Bumi mewujudkan keperluan untuk mengesan fenomena tersebut. Denyutan Pi2, iaitu isyarat teredam tidak sekata pada komponen mendatar medan geomagnet ( Hz), dilihat sebagai petanda ribut kecil yang andal. Dalam kajian ini, beberapa sifat dicari daripada data medan geomagnet berdasarkan parameter statistik, metrik impulsif dan isyarat untuk digunakan dalam pembangunan model. Pembangunan ini dilakukan berdasarkan pendekatan pembelajaran mesin terautomatik yang menentukan algoritma terbaik dan mengoptimumkan hiperparameter secara automatik. Sebuah model pengelasan jenis ensembel ditentukan sebagai model berprestasi terbaik dengan ketepatan 99.15%. Ia seterusnya diguna pakai dalam pembangunan sistem pengesanan hampir masa nyata. Sistem tersebut menstrim data medan geomagnet berterusan dan melaporkan pengesanan Pi2 di repositori awan yang terbuka. Sistem pengesanan ini boleh dijadikan salah satu sumber rujukan untuk mengetahui kejadian denyutan Pi2 di serata dunia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |