UPM Institutional Repository

Analisa formalistik reka bentuk piuter berdasarkan seni ornamentasi Islam


Citation

Md Ishak, Siti Mastura and Hamidon, Nor Azlin (2024) Analisa formalistik reka bentuk piuter berdasarkan seni ornamentasi Islam. International Journal of Art & Design, 8 (1). pp. 134-153. ISSN 2710-5776

Abstract

Elemen reka bentuk terkesan dari kepelbagaian konteks pemikiran perekanya seperti gaya dan hasil teknikal, konsep rekaan dan nilai estetikanya. Kewajaran ini juga berupaya menjadikan hasil keluaran piuter tempatan berpotensi sebagai medium untuk mengetengahkan kemahiran pereka Melayu dalam menyampaikan maksud dan makna pada setiap hasil rekaan yang bercirikan kejiwaan. Namun, rekaan perlu diartikulasikan tanpa sembarangan agar nilai estetikanya mampu meningkatkan suatu hasil seni itu jitu dari sudut pemaknaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa rekaan piuter yang beratmosferakan budaya dan pemikiran Melayu di Malaysia berlandaskan inovasi teori seni ornamentasi Islam. Pemerhatian artifak digunakan bagi menyokong proses penganalisaan formalistik pada struktur reka bentuk dan motif dengan pendokumentasian artifak secara visual bagi menghurai perincian struktur ornamentasi. Analisis dijalankan dengan berlandaskan dua teori Islam dan Melayu bagi mendapatkan hasil pembentukan rekaan dan memahami inovasi pemikiran yang berlaku. Hasil kajian ini mendapati keselarian dalam integrasi kedua-dua jenis konsep seni yang berupaya memberi impak intrikasi bermakna pada penjanaan idea rekaan piuter. Kajian ini dilihat sebagai satu langkah untuk memartabatkan teori seni tempatan dalam nilai Islam yang mampu menjadi panduan dalam pendayaupayaan pereka Melayu di peringkat global.


Download File

[img] Text
118239.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial No Derivatives.

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Design and Architecture
DOI Number: https://doi.org/10.24191/ijad.v8i1/si-1.2536
Publisher: UiTM Press
Keywords: Islamic ornamentation art; Malay designers; Pewter; Innovation; Meaning of aesthetic value
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 01 Jul 2025 08:32
Last Modified: 01 Jul 2025 08:32
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.24191/ijad.v8i1/si-1.2536
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item