Citation
Muhammad, Salmah Jan Noor and Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah
(2024)
Transformasi watak hikayat Merong Mahawangsa dari naskhah ke Layar Perak.
Pendeta: Journal of Malay Language, Education and Literature, 15 (2).
pp. 17-29.
ISSN 1823-6812; eISSN: 2600-8696
Abstract
Transformasi Watak Hikayat Merong Mahawangsa dari Naskhah ke Layar Perak adalah satu penulisan yang membincangkan perbandingan antara teks sastera Melayu klasik yang bergenre sejarah dengan adaptasi filemnya yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim Abdul Halim. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah karya agung Melayu yang menceritakan asal usul Melayu Kedah serta hubungannya dengan kerajaan luar seperti Rom dan China. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis perbezaan antara teks asal dan filem adaptasinya dalam konteks watak dan perwatakan dengan mengaplikasikan teori adaptasi oleh John M. Desmond dan Peter Hawkes (2006) selain menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks untuk mencapai objektif kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa semasa proses adaptasi berlangsung terdapat perubahan naratif yang merangkumi elemen penting seperti watak dan perwatakan yang dilakukan oleh penulis skrip dan pengarah filem. Perubahan ini bertujuan adalah untuk menyajikan cerita dalam format visual yang lebih menarik. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penyelidik dan penggiat seni untuk menghasilkan lebih banyak adaptasi filem yang berasaskan teks sastera Melayu klasik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |