UPM Institutional Repository

Amalan ta‘awun dalam piagam Madinah membentuk kesejahteraan insan


Citation

Said, Mohd Zulhafiz and Said, Mohd Zulhafiz and Mohammad Hakim, Dian (2024) Amalan ta‘awun dalam piagam Madinah membentuk kesejahteraan insan. Islamiyyat, 46 (2). pp. 79-89. ISSN 0126-5636; eISSN: 2600-8556

Abstract

Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan yang dibentuk berdasarkan nilai-nilai sejagat yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk di Madinah. Nabi Muhammad SAW menggubal piagam ini untuk mentadbir urus Madinah supaya masyarakat majmuk dapat diurus dengan adil dan harmoni. Madinah sebelum kedatangan Islam mengalami masalah sosial, ekonomi dan politik kerana tiada sistem yang mengatur kehidupan masyarakat. Perkara ini menyebabkan masyarakat hidup dalam konflik, pergaduhan, rasuah, penipuan dan diskriminasi. Piagam Madinah ini mengandungi amalan ta‘awun seperti prinsip toleransi, kasih sayang, keadilan, tanggungjawab dan menghormati bagi menyelesai isu masyarakat Madinah. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan ta‘awun dalam Piagam Madinah dan peranannya dalam membentuk kesejahteraan insan. Kaedah pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan dan temu bual mendalam digunakan dalam penelitian ini. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati bahawa amalan ta‘awun dalam Piagam Madinah telah mewujudkan suasana aman, rasa kebersamaan, terjalinnya ukhwah islamiyyah dan kesejahteraan insan dalam masyarakat majmuk di Madinah. Kesejahteraan insan yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW secara kolektif dalam Piagam Madinah telah mengukuhkan jati diri ummah dan menambah kekuatan Madinah.


Download File

[img] Text
118017.pdf - Published Version

Download (423kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2024-4602-07
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Ta‘awun; Medina charter; Plural society; Human prosperity
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 23 Jun 2025 00:52
Last Modified: 23 Jun 2025 00:52
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/islamiyyat-2024-4602-07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118017
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item