UPM Institutional Repository

Pengaplikasian konsep kawalan sosial dalam komuniti maya


Citation

Bolong, Jusang and Sarifin, Muhammad Ridhwan and Yusoff, Nurhafizah and Muhamad Adnan, Muhamad Hariz and Abdullah, Mohd Syariefudin and Mohd Azmian, Mohamad Nazrul (2024) Pengaplikasian konsep kawalan sosial dalam komuniti maya. PERSPEKTIF Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (1). pp. 66-79. ISSN 1985-496X; eISSN: 2462-2435

Abstract

Perkembangan teknologi digital telah mewujudkan masyarakat berdasarkan media di mana ruang manusia tidak lagi terbatas kepada kapasiti fizikal semata-mata. Ini membuka lebih banyak peluang bagi sesiapa sahaja untuk menggunakan media sosial untuk tujuan jenayah atau melakukan tingkah laku devian secara dalam talian jika tiada kawalan seperti gangguan seksual, penyebaran berita palsu, kebocoran data dan maklumat peribadi, dan lain- lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaplikasian konsep kawalan sosial dalam komuniti maya. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan data sekunder sebagai prosedur pengumpulan data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa komuniti maya menggunakan media sosial untuk beberapa tujuan seperti hiburan, sokongan sosial, komunikasi, mencari maklumat, menjalin hubungan sosial, dan lain-lain. Keputusan juga menunjukkan bahawa konsep kawalan sosial dapat dilihat dari segi formal, informal serta dapat mengekang tingkah laku devian dan jenayah dalam komuniti maya. Kesimpulannya, masyarakat perlu menekankan elemen- elemen kawalan sosial dari segi formal melalui perundangan media, undang-undang dan pihak berkuasa. Manakala secara tidak formal adalah melalui pendidikan, adab, dan etika. Ini dapat mencipta persekitaran yang sejahtera dalam komuniti maya.


Download File

[img] Text
117972.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (224kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Social control mechanism; Formal social control; Informal social control; Social media; Virtual community
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 18 Jun 2025 08:04
Last Modified: 18 Jun 2025 08:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117972
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item