UPM Institutional Repository

Hikayat kalilah dan dimnah: interpretasi pengarang dalam pengungkapan nilai ilmu pendidikan


Citation

Noor Muhammad, Salmah Jan and Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah and Ahmad, Mohd Shukrey (2024) Hikayat kalilah dan dimnah: interpretasi pengarang dalam pengungkapan nilai ilmu pendidikan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 7 (1). pp. 121-131. ISSN 2600-9080

Abstract

Karya sastera merupakan wadah yang menjadi pilihan pengarang dalam mengungkapkan kepelbagaian ilmu yang bertujuan untuk dikongsi bersama khalayak. Perkongsian ilmu pendidikan khususnya amat bertepatan dengan salah satu fungsi sastera sebagai medium mendidik masyarakat. Pengarang menghasilkan karya sastera adalah melalui pengamatan, pemerhatian dan pengalaman yang telah dilalui oleh masyarakat. Pemaparan cerita dalam karya sastera tidak dihadirkan secara kosong kerana setiap cerita yang disampaikan itu mengandungi mesej, pesanan dan pengajaran yang bertujuan untuk mendidik masyarakat. Lantaran itu, penciptaan karya sastera telah memperlihatkan kreativiti pengarang dalam mengungkapkan nilai ilmu pendidikan menerusi karyanya. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pengungkapan nilai ilmu pendidikan menerusi Hikayat Kalilah dan Dimnah sebagai data kajian ini. Makalah ini akan menggunakan kaedah kepustakaan, analisis data kajian dan menggunakan Teori Konseptual Kata Kunci dalam mengukuhkan hujahan. Menerusi hasil perbincangan makalah ini telah membuktikan bahawa pelbagai nilai ilmu pendidikan yang dapat memberikan mesej dan pengajaran kepada khalayak. Justeru, kepentingan perbincangan ini akan meninggalkan impak kepada masyarakat khususnya dalam membentuk peribadi dan sikap yang baik. Malah, dapat menambahkan pengkajian mengenai ilmu pendidikan dan menjadi rujukan kepada khalayak.


Download File

[img] Text
117781.pdf - Published Version

Download (314kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: NUN Gemilang ENT.
Keywords: Story; Message; Educate; Society; Teaching
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 12 Jun 2025 01:57
Last Modified: 12 Jun 2025 01:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117781
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item