UPM Institutional Repository

Pendekatan pelaksanaan saringan kanser kolorektal dalam komuniti bandar di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur, Malaysia


Citation

Hassan, Mohammad Mujaheed and Kamaruddin, Mohd Arman and Md Noor, Amna (2024) Pendekatan pelaksanaan saringan kanser kolorektal dalam komuniti bandar di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysian Journal of Human Ecology (MJHE), 5 (1). pp. 136-149. ISSN 2773-4951; eISSN: 2773-4951

Abstract

Kanser kolorektal (CRC) adalah punca kedua utama kematian berkaitan kanser di seluruh dunia yang dilaporkan pada 2020. Kadar diagnosis lewat yang signifikan menyebabkan kos rawatan yang tinggi dan beban kewangan yang besar, terutama bagi golongan berpendapatan rendah. Kajian ini meninjau pendekatan pelaksanaan saringan CRC dalam komuniti bandar berpendapatan rendah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur melalui analisis dokumen dasar, laporan, dan kajian terdahulu. Kajian mendapati bahawa program saringan CRC yang dijalankan bersifat atas ke bawah, mengakibatkan kadar penyertaan yang rendah. Justeru, cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan program 136 Mohd Arman Kamaruddin, Mohammad Mujaheed Hassan, Amna Md Noor berorientasikan pemerkasaan komuniti seperti Program Navigasi Pesakit (PNP) dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) adalah kritikal. Program-program ini dilihat mampu meningkatkan kesedaran, penyertaan, dan keberkesanan saringan CRC dalam kalangan komuniti PPR, seterusnya membantu dalam pengesanan awal dan rawatan yang lebih efektif. Kajian ini menekankan kepentingan pendekatan yang lebih inklusif dan berpusatkan komuniti untuk mencapai matlamat kesihatan awam yang lebih baik.


Download File

[img] Text
117659.pdf - Published Version

Download (541kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Faculty of Human Ecology, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Colorectal cancer screening approach; Low-income communities; PPR kuala Lumpur
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 05 Jun 2025 01:38
Last Modified: 05 Jun 2025 01:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117659
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item