Citation
Mohd Salim, Sara Shakila and Selamat, Abu Zarrin and Naning, Fatin Hana and Muhaidin, Munirah and Magiman, Mohamad Maulana
(2024)
Budaya dan amalan ritual kematian ketua komuniti (Ketaoh) etnik Berawan.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9 (4).
art. no. e002775.
pp. 1-12.
ISSN 2504-8562
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji budaya ritual kematian komuniti etnik Berawan terhadap ketua komuniti (ketaoh). Upacara kematian kebiasaanya melibatkan pelbagai ritual dan istiadat yang berfungsi untuk mengimbangi dan mengukuhkan hubungan komuniti serta menyatakan nilai-nilai yang mencorak kehidupan mereka. Etnik Berawan dipilih sejajar dengan isu minoriti yang wujud pada masa kini yang merangkumi konteks keberterusan amalan kebudayaan yang dipegang serta diamalkan. Objektif utama kajian ialah mengkaji proses-proses ritual dan jenis-jenis simbol ritual dalam perlaksanaan pemakaman ketua komuniti etnik Berawan serta menilai prinsip sosial yang terkandung dalam ritual tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi berdasarkan kajian lapangan yang terdiri daripada temubual dan pemerhatian turut serta. Kajian lapangan ini juga disokong oleh sumber-sumber perpustakaan seperti buku, jurnal, dan kajian ilmiah yang relevan dengan bidang penyelidikan yang dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa budaya dan amalan ritual kematian ini berubah berdasarkan perubahan amalan dan kepercayaan agama yang dianuti kini dan pengaruh gaya hidup arus perdana. Kajian ini dijangka menyumbang kepada pengetahuan budaya etnik Berawan yang lebih bersifat mampan melalui penerbitan dan praktis.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |