Citation
Abstract
Globalisasi, pemodenan dan kecanggihan teknologi terkini mengubah nilai dan norma masyarakat, menggugatkan tradisi kesukarelawanan dan menyebabkan skor indikator sukarelawan belia Malaysia telah menunjukkan penurunan. Apabila masyarakat menjadi lebih materialistik dan individualistik, semangat bantu-membantu, tradisi berkongsi dan semangat kesukarelawanan semakin meluntur. Kajian Penilaian Hasil Indeks Belia Malaysia 2019 oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menunjukkan bahawa indikator sukarelawan, di bawah Domain Identiti, masih berada pada tahap sederhana dengan skor 60.93 peratus. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi jati diri kesukarelawanan belia Malaysia melalui elemen dalaman dan luaran yang membawa implikasi signifikan terhadap karakter atau personaliti belia. Metodologi yang telah diaplikasi ialah Nominal Group Technique (NGT) yang dilaksanakan dalam kalangan 20 orang informan melibatkan pimpinan utama pertubuhan kesukarelawan di kawasan terpilih. Hasil kajian telah berjaya mengenalpasti elemen dalaman dan luaran yang menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri kesukarelawanan belia. Elemen dalaman utama yang telah diidentifikasi ialah minat yang mendalam, sikap sedia membantu, nilai jati diri, matlamat hidup, ihsan dan semangat kebersamaan. Sementara itu, elemen luaran yang banyak mempengaruhi pembentukan jati diri kesukarelawanan belia ialah peluang yang terbuka, dorongan keluarga, pengaruh rakan sebaya, faktor agama, pengembangan ilmu dan kerjaya, motivasi ekstrinsik, dan pengaruh media sosial. Berdasarkan kepada hasil kajian, kedua-dua elemen dalaman dan luaran mempunyai pengaruh tersendiri yang signifikan dalam proses pembentukan jati diri kesukarelawanan belia. Maka, kedua-dua elemen tersebut perlu diperkasa dalam usaha untuk terus memupuk dan mendorong golongan belia terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan yang akan membawa implikasi positif kepada prospek pembangunan masyarakat setempat.
Download File
Official URL or Download Paper: https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsins...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology Faculty of Modern Language and Communication |
DOI Number: | https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol9no2.704 |
Publisher: | Universiti Sains Islam Malaysia Press |
Keywords: | Self-identity; Volunteerism; Internal elements; External elements; NGT and Malaysian youth |
Depositing User: | Ms. Nur Faseha Mohd Kadim |
Date Deposited: | 21 May 2025 09:11 |
Last Modified: | 21 May 2025 09:11 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.33102/sainsinsani.vol9no2.704 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117427 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |