UPM Institutional Repository

Tahap, pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru bahasa melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz, dan Padlet dalam pengajaran KOMSAS


Citation

Mohamed Mokhtar, Marzni and Ahmadi, Muhammad Aiman Syazwan and Shauqi, Muhammad Ameer and Abdullah, Muhammad Ikhwan Danial and Mohd Isa, Muhammad Ikhmal (2024) Tahap, pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru bahasa melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz, dan Padlet dalam pengajaran KOMSAS. PENDETA, 15 (2). pp. 65-78. ISSN 1823-6812; eISSN: 2600-8696

Abstract

Pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu pada era digital ini sememangnya memberi cabaran yang getir untuk semua guru. Pelbagai masalah dan rintangan akan dihadapi sama ada kepada guru atau murid. Guru perlu lebih kreatif untuk melaksanakan PdPc Bahasa Melayu terutamanya dalam aspek Komponen Sastera (KOMSAS). Murid-murid akan berasa cepat bosan sekiranya kaedah PdP yang lama digunakan dan memerlukan guru untuk menambah baik aktiviti pengajaran dengan mengintegrasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap dan hubungan pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz dan Padlet dalam pengajaran Komponen Sastera. Sampel kajian terdiri daripada 82 orang bakal guru Bahasa Melayu yang mengikuti Program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Borang soal selidik telah digunakan bagi mengumpul maklumat daripada responden. Min keseluruhan bagi tahap pengetahuan ialah 4.48 dan nilai sisihan piawai ialah 0.51. Skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap kemahiran pula ialah 4.38 dan 0.51. Manakala, skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap sikap ialah 4.49 dan 0.42. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa bakal guru Bahasa Melayu berminat dan cenderung menggunakan aplikasi Kahoot, Quizizz dan Padlet dalam pengajaran Komponen Sastera.


Download File

[img] Text
117425.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (428kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Universiti Putra Malaysia
DOI Number: https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.5.2024
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris Press
Keywords: Malay language teachers; Kahoot; Quizizz; Padlet; KOMSAS; Teaching; Knowledge; Skills; Attitudes; Pre-service teachers; Technology integration; Digital literacy; Educational technology; Assessment; Game-based learning
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 21 May 2025 08:53
Last Modified: 21 May 2025 08:53
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/pendeta.vol15.2.5.2024
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117425
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item