UPM Institutional Repository

Tahap kefahaman mengenai kenyataan berbaur kebencian di media sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia


Citation

Ku Samsu, Ku Hasnita and Ismail, Mohd Mahadee and Lee, Yok Fee and Ab Razak, Ratna Roshida and Ab Majid, Arfah and Md. Nor, Mohd Sabri and Adnan, Zatul Himmah (2024) Tahap kefahaman mengenai kenyataan berbaur kebencian di media sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jurnal Sains Insani, 9 (2). pp. 246-257. ISSN 0127-7871

Abstract

Fenomena penyebaran ucapan berbaur kebencian di media sosial semakin berleluasa dari semasa ke semasa seolah-olah para pelaku tidak memahami konteks ucapan berbaur kebencian dan implikasinya terhadap keharmonian negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kefahaman masyarakat Malaysia terhadap kenyataan berbaur kebencian di media sosial yang boleh menjadi ancaman serius terhadap kestabilan sosial dan keselamatan negara. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif yang melibatkan pengaplikasian teknik perbincangan kumpulan berfokus (FGD) telah dijalankan untuk membangunkan instrumen kajian. Kaedah kuantitatif pula dilaksanakan melalui teknik tinjauan yang melibatkan 907 responden dari seluruh negeri di Malaysia. Para responden terdiri daripada pengguna media sosial, mencakupi pelbagai etnik dan agama berdasarkan kepada pensampelan rawak bersistematik. Selain itu, dapatan kajian ini diperkukuhkan dengan data yang diperoleh melalui teknik temu bual. Secara keseluruhan, hasil kajian mendedahkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai tahap kefahaman yang tinggi mengenai kenyataan berbaur kebencian. Walau bagaimanapun, terdapat variasi dalam tahap kefahaman terhadap pelbagai aspek kenyataan berbaur kebencian. Dalam hal ini, penemuan kajian ini bukan sekadar menyumbang kepada literatur sedia ada, tetapi juga turut membuka ruang kepada pendekatan inovatif oleh pihak bertanggungjawab dalam menangani kenyataan berbaur kebencian secara lebih bersasar bagi memastikan kestabilan dan keharmonian sosial dalam negara yang berbilang kaum dan agama terpelihara.


Download File

[img] Text
117092.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (374kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol9no2.705
Publisher: USIM Press
Keywords: Kenyataan berbaur kebencian; Keselamatan negara; Perpaduan; Media sosial; Tahap kefahaman
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 28 Apr 2025 04:26
Last Modified: 28 Apr 2025 04:26
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.33102/sainsinsani.vol9no2.705
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/117092
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item