UPM Institutional Repository

Faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial


Citation

Ahmad, Azizul and Said, Mohd Zulhafiz and Masron, Tarmiji and Ariffin, Nur Afiqah and Zakaria, Yaniza Shaira and Ardiansyah, Ardiansyah and Jamru, Lindah Roziani and Talib, Nor Khairunnisa and Idris, Nur Rafidah Asyikin and Abd. Rahman, Norliza and Bismelah, Luqman Haqim and Mohd Ali, Asykal Syakinah and Wis, Bryan Anderson and Musa, Norizan (2024) Faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial. e-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 21 (1). pp. 493-501. ISSN 1823-884X

Abstract

Selama bertahun-tahun, ahli arkeologi telah bergantung pada peta dan analisis ruangan untuk memahami taburan artifak dan ciri di seluruh tapak arkeologi secara visualisasi. Walau bagaimanapun, pengenalan foto udara, penderiaan jauh digital, sistem maklumat geografi (GIS) dan sistem keletakan global (GPS) telah menyediakan ahli arkeologi dengan alat canggih untuk menganalisis dan menggambarkan taburan dan data arkeologi dengan cara yang inovatif. Oleh yang demikian, analisis geospatial telah mendapat pengiktirafan yang penting sebagai salah satu alat untuk membantu ahli arkeologi. Dengan menyepadukan foto udara, penderiaan jauh, GIS dan GPS ke dalam penyelidikan mereka, ahli arkeologi kini dapat menganalisis kuantiti data yang besar dalam masa yang sama memahami peranan ruangan. Ini telah membolehkan mereka memperoleh pandangan baru tentang taburan dan corak ciri arkeologi tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial. Antara faktor kepelbagaian yang menimbulkan kesukaran dalam proses memodelkan tapak arkeologi adalah tapak arkeologi, persekitaran, tingkah laku atau kelakukan dan faktor teknikal. Dengan kemajuan teknologi, pendekatan geospatial merupakan kaedah terbaik untuk penyelidikan arkeologi manakala ahli arkeologi perlu berhati-hati dan menimbang faedah dan cabaran yang berkaitan dengan analisis geospatial, memastikan kaedah ini digunakan secara berhemah dan beretika.


Download File

[img] Text
116965.pdf - Published Version

Download (467kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.17576/ebangi.2024.2101.42
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Keywords: Archaeology; Aerial photography; Digital remote sensing; Geographic Information System (GIS); Global Positioning System (GPS)
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 21 Apr 2025 06:26
Last Modified: 21 Apr 2025 06:26
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/ebangi.2024.2101.42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116965
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item