UPM Institutional Repository

Kajian pengetahuan kesahihan literasi kandungan maklumat politik di laman sosial facebook di kalangan wanita belia di Malaysia


Citation

Mohd Sani, Norazmina Najibah and Adzharuddina, Nor Azura and Mahamed, Mastura (2024) Kajian pengetahuan kesahihan literasi kandungan maklumat politik di laman sosial facebook di kalangan wanita belia di Malaysia. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 10 (1). pp. 1-15. ISSN 2289-9391; eISSN: 2462-2443

Abstract

Literasi media adalah untuk mengukur penggunaan media dan keupayaan untuk menganalisis maklumat di media. Maklumat yang tidak sahih banyak tersebar di media sosial seperti Facebook, hal ini dapat menyukarkan seseorang untuk menapis dan memproses maklumat yang diterima dengan berkesan. Maklumat politik di media sosial mudah didapati secara provokatif berbanding media konvensional (TV, Radio dan suratkhabar) ini adalah kerana maklumat politik di Facebook tidak disunting menjadi bacaan umum, oleh sebab itu ia mengandungi maklumat provokasi, fitnah dan isu sensasi politik yang tidak dilaporkan dikebanyakkan media konvensional. Terdapat jurang jantina dalam penggunaan kandungan maklumat di Facebook. Ini adalah kerana lelaki lebih cenderung untuk mengetahui maklumat politik berbanding wanita menyebabkan wanita kurang penglibatan dalam bidang politik. Maklumat tidak sahih yang berkaitan dengan isu politik boleh memberi kesan kepada masyakarat dan memberi gangguan kepada politik semasa, ini adalah kerana individu yang menerima kandungan maklumat tidak sahih akan kekal mempercayai maklumat tersebut serta dapat memberi pengaruh kepada tingkah laku. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengetahuan wanita belia dalam mentafsir kesahihan literasi kandungan maklumat politik di Facebook, dan mengkaji kesan tingkah laku wanita belia terhadap kandungan maklumat politik di Facebook.Kajian ini akan dijalankan melalui kaedah kualitatif iaitu melalui temubual secara mendalam. Informan yang dipilih adalah dikalangan wanita belia berumur 18 tahun sehingga 38 tahun, dan seramai dua orang akan digunakan sebagai informan. Kajian ini akan mengunakan teknik persempelan bertujuan serta menggunakan Atlas.ti. Perbincangan akan menghasilkan tema dan beberapa kategori. Pengetahuan kesahihan literasi kandungan maklumat politik dapat membantu pengguna media sosial untuk membuat keputusan yang berasaskan fakta dan bukan emosi semata-mata. Literasi media yang tinggi dapat mengelakkan individu daripada terpengaruh oleh kesan negatif media dan menimbulkan kontroversi. Kajian akan datang adalah dengan mencadangkan kajian tentang literasi media yang menggunakan wanita sebagai tajuk utama media.


Download File

[img] Text
116828.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (684kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/ejoss.vol10.1.1.2024
Publisher: UPSI Press
Keywords: Literacy knowledge; Information credibility; Political information; Facebook; Young women
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 06 May 2025 03:51
Last Modified: 06 May 2025 03:51
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/ejoss.vol10.1.1.2024
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116828
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item