UPM Institutional Repository

Pengaruh muzik tradisional melayu dalam era muzik pop 1975-1985: suatu sorotan


Citation

Yaakup, Hani Salwah and Yaakup, Mohariz (2024) Pengaruh muzik tradisional melayu dalam era muzik pop 1975-1985: suatu sorotan. In: Muzik Pop Malaysia 1975-1985: Meraikan Kepelbagaian. Kampung Karyawan Amanjaya, Malaysia, pp. 237-249. ISBN 9789671768594

Abstract

Pasca era ‘flower power’ pada pertengahan tahun 1970-an, telah memperkenalkan pelbagai genre muzik dalam industri muzik Malaysia. Era ini turut menyaksikan kewujudan produksi muzik popular dengan pengaruh muzik tradisional Melayu yang disesuaikan dengan susunan muzik dan penggunaan instrumen moden. Suntikan muzik tradisional berkenaan termasuklah daripada genre asli, joget, ghazal, inang, dangdut, keroncong, masri dan lagu rakyat. Kesan pengaruh muzik tradisional Melayu dalam muzik popular telah menimbulkan kelainan dan keunikan menerusi produksi muzik popular Malaysia dalam era 1975 sehingga 1985. Malah, muzik popular dengan pengaruh muzik tradisional turut membawa representasi muzik Melayu yang khas dan mewakili zaman sepuluh tahun berkenaan. Oleh itu menerusi artikel ini, sebuah sorotan mengenai perkembangan dan evolusi muzik popular dengan suntikan muzik tradisional akan diperjelaskan dengan lebih lanjut. Artikel ini juga membincangkan jenis muzik tradisional yang menjadi rujukan kepada muzik popular tempatan, faktor penyebab kemunculan fenomena ini berlaku dan kesan suntikan muzik tradisional kepada muzik popular secara keseluruhannya. Metodologi yang digunakan adalah pemerhatian langsung kepada penerbitan muzik era ini berpandukan hasil dapatan analisis literatur kajian terdahulu untuk menyokong dapatan kajian. Secara kesimpulannya, muzik popular dalam tempoh 10 tahun ini berevolusi dengan penyesuaian muzik tradisional dengan muzik popular agar mudah diterima oleh pendengar. Selain itu, kepentingan media massa seperti televisyen mempromosikan muzik tradisional dalam muzik popular dan peranan komposer, penerbit juga penyusun muzik turut mempengaruhi penerbitan muzik berunsur tradisional yang lebih baik.


Download File

[img] Text
116637.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Faculty of Engineering
Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Kampung Karyawan Amanjaya
Keywords: Malaysian popular music; 1975-1985; Traditional malay music; Joget; Ghazal; Inang; Dangdut; Keroncong; Masri; Folk songs; Music evolution; Cultural representation; Media influence; Composers; Producers; Methodology; Literature review; Music adaptation; Impact of traditional music on popular music
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 30 May 2025 01:03
Last Modified: 30 May 2025 01:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116637
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item