Citation
Ismail, Mohd Mahadee
(2024)
Al-falah acuan pembinaan negara bangsa dalam kalangan pelajar UPM.
In:
Spektrum Falsafah Al Falah Menurut Perspektif al-Quran: Sederap Melangkah Menuju Al-Falah.
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Malaysia, pp. 309-319.
ISBN 9786297689425
Abstract
Agenda pembinaan negara-bangsa Malaysia merupakan satu aspirasi yang relatif signifikan dalam merealisasi pembentukan satu bangsa satu negara berpaksikan kepada platform nasional. Proses pembentukan negara-bangsa menjadi pemangkin kepada tindakan afirmatif untuk mencapai perpaduan, kesepaduan, penyatupaduan dan kesatuan yang holistik dalam kalangan masyarakat kepelbagaian di Malaysia. Persoalan ini merupakan suatu perkara yang agak rumit, sentiasa dibahaskan dari pelbagai sudut pandang dan belum mencapai titik noktahnya. Kita sedia maklum bahawa masyarakat Malaysia terbentuk dari beberapa kumpulan etnik yang diwarisi dari pelbagai keturunan, mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang berbeza, mengamalkan sosio-budaya yang berbeza-beza dan pertuturan bahasa ibunda juga berbeza-beza. Perbezaan yang wujud dalam masyarakat bukanlah suatu perkara yang baharu tetapi telah cukup sinonim dalam realiti kehidupan bermasyarakat di negara ini. Perbezaan ini seandainya tidak ditadbir urus dengan baik, sudah pasti boleh mengundang pelbagai bentuk ancaman kepada negara seperti konflik etnik, percanggahan dan pertembungan, diskriminasi, streotaip, keganasan, genocide dan pelbagai lagi.
Download File
![[img]](http://psasir.upm.edu.my/style/images/fileicons/text.png) |
Text
116635.pdf
- Published Version
Restricted to Repository staff only
Download (618kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |