Citation
Maat, Siti Mistima
(2003)
Perbandingan Antara Mantik Al-Sullam Dengan Mantik Moden Dalam Konteks Pendidikan Matematik Di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini membahaskan mantik dari sudut perbandingan mantik klasik dan mantik
moden. Perbandingan dibuat berdasarkan teori yang terangkum dalam konteks
pendidikan matematik di Malaysia. Selain daripada perbandingan, tesis ini bertujuan
untuk menunjukkan bahawa orang Melayu di Nusantara lebih dahulu belajar matematik
khususnya ilmu mantik sebelum kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu lagi.
Dalam kajian ini, mantik yang dimaksudkan ialah mantik al-Sullam telah mendahului
mantik moden yang diperkenalkan oleh Barat dalam sistem pendidikan sekolah di
Malaysia. Matematik juga telah menjadi budaya Nusantara dan berjaya melahirkan
ramai tokoh yang bukan sahaja mahir dalam matematik malahan hampir kesemua
bidang ilmiah. Selain daripada itu mantik moden yang dihasilkan mempunyai
perubahan kecil dan tidak signifikan jika dibandingkan dengan mantik al-SulIam.
Melalui perbincangan kajian dapat ditunjukkan bahawa mantik moden membuat
perubahan sedikit dari segi Warisan Yunani tersebut telah diperturunkan kepada sarjana Islam dan
berpindah ke Barat melalui kegiatan ilmiah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |