UPM Institutional Repository

Sinkretisme agama dan fungsinya dalam karya historiografi Melayu Sulalatus Salatin


Citation

Raja Jaafar, Raja Faris Hakimi and Hamdan, Rahimah (2024) Sinkretisme agama dan fungsinya dalam karya historiografi Melayu Sulalatus Salatin. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9 (12). art. no. 3133. pp. 1-19. ISSN 2504-8562

Abstract

Fungsi Selat Melaka sebagai laluan perdagangan antara Timur dengan Barat menyebab masyarakat Melayu sentiasa terdedah kepada dunia luar sehingga menganut beberapa agama berbeza dari satu zaman ke zaman yang lain. Walaupun telah memeluk Islam seawal kurun ke-13 Masihi, agama dan kepercayaan yang lampau masih menebal malahan dipertindankan dengan agama Islam sehingga membentuk sinkretisme dalam pandangan Alam Melayu. Hal tersebut terpancar dalam penulisan yang dihasilkan oleh masyarakat ini termasuklah Sulalatus Salatin yang merupakan salah satu karya historiografi terawal serta terpenting dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Namun, sebagai karya yang dihasilkan di bawah naungan istana, Sulalatus Salatin ditulis dengan memasukkan idea-idea tertentu yang menjurus kepada kepentingan golongan raja. Persoalannya, apakah fungsi sinkretisme agama dipaparkan dalam Sulalatus Salatin? Bagaimanakah kemasukan sinkretisme e agama mampu memberi manfaat kepada raja, sesuai dengan tujuan asal penulisan karya historiografi? Bertitik-tolak dari itu, kajian ini dilakukan dengan dua objektif iaitu untuk mengenal pasti elemen sinkretisme agama dalam pandangan Alam Melayu tradisional, serta menganalisis fungsi sinkretisme agama dalam karya historiografi Melayu Sulalatus Salatin. Metodologi yang digunakan adalah analisis teks terhadap Sulalatus Salatin serta kaedah kepustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan mengenai sinkretisme agama. Kajian ini mendapati, elemen magis adalah tumpuan utama masyarakat Melayu dalam mana-mana agama yang sedang atau pernah dianutinya. Oleh itu, elemen magis yang diwarisi dari zaman pra-Islam tidak disingkirkan sepenuhnya bahkan melengkapi elemen magis dalam agama Islam. Melalui Sulalatus Salatin, elemen magis daripada pelbagai agama berbeza telah digembleng untuk memperlihatkan kehebatan golongan raja justeru mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah masyarakat Melayu.


Download File

[img] Text
116201.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (452kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i12.3133
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Sinkretisme; Historiografi; Melayu; Sulalatus salatin
Depositing User: Ms. Nuraida Ibrahim
Date Deposited: 20 Mar 2025 05:02
Last Modified: 20 Mar 2025 05:02
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v9i12.3133
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116201
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item