Citation
Abstract
Pengaruh aspek budaya Arab dalam perubatan Melayu mencerminkan sebuah dinamisme interaksi budaya yang telah membentuk landskap perubatan tradisional Melayu. Proses ini dapat difahami dengan melihat pada perdagangan antara negeri-negeri Melayu dengan pelabuhan di tanah Arab. Budaya Arab memiliki dampak signifikan terhadap kosmologi, terminologi, terapi dan farmakologi dalam perubatan Melayu. Dengan kata lain, hingga kini, unsur budaya Arab menjadi faktor utama dalam perkembangan perubatan Melayu. Penulisan ini untuk mengenal pasti dan menganalisis penerapan pengaruh Arab dalam manuskrip perubatan tradisional Melayu sebagai suatu dinamisme interaksi budaya, manakala metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks, dengan menggunakan manuskrip perubatan tradisional Melayu terpilih sebagai sumber utama. Hasil penelitian menemukan tiga aspek kunci interaksi budaya Arab dalam perubatan Melayu, termasuk penggunaan huruf Jawi Arab-Melayu, pemilihan hari dan waktu serta integrasi ayat al-Qur’an dalam konteks perubatan. Penelitian ini diharapkan memberikan pemahaman yang komprehensif dan menjadi sumber rujukan bagi pengkaji dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Penulisan ini juga turut berusaha memberikan wawasan mengenai kepentingan budaya Arab dalam pembentukan identiti perubatan Melayu selain menekankan kesan positif daripada proses asimilasi budaya Arab dalam memperkukuh dan mempererat hubungan antara kebudayaan Melayu dengan Arab.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/art...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
DOI Number: | https://doi.org/10.37052/ml37(1)no2 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Keywords: | Interaksi budaya; Pengaruh Arab; Perubatan Melayu; Manuskrip Melayu; Al- Quran; Jawi |
Depositing User: | Ms. Nuraida Ibrahim |
Date Deposited: | 19 Mar 2025 05:27 |
Last Modified: | 19 Mar 2025 05:27 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37052/ml37(1)no2 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116105 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |