UPM Institutional Repository

Kesan komunikasi pemandu terhadap kejadian kemalangan jalan raya di Kuantan


Citation

Mat, Hassan (2021) Kesan komunikasi pemandu terhadap kejadian kemalangan jalan raya di Kuantan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Rekod polis trafik Kuantan menunjukan faktor komunikasi antara pemandu kurang diambil berat oleh pemandu yang terlibat dengan kemalangan, sedangkan komunikasi merupakan faktor amat penting bagi menentukan keselamatan semasa memandu dijalan raya, tanpa komunikasi yang betul dan berkesan akan menyebabkan pemandu tidak dapat membuat agakan dengan tepat dan keadaan jalan raya akan menjadi kelam kabut terutama semasa kenderaan dipandu dalam keadaan laju.. Oleh itu kajian ini bertujuan menganalisa kesan komunikasi oleh pemandu terhadap kemungkinan berlakunya perlanggaran serta mengenalpasti sebab-sebab mengapa pemandu tidak atau gagal berkomunikasi. Dengan pendekatan . pengamatan dan temuduga , kajian yang berbentuk quantitative ini telah berjaya mendapat 293 pengamatan dilokasi blackspot daerah Kuantan iaitu di pusinan "U' jalan Kuantan ke Gambang dan dapatan kajian mendapati 3 1.4 % daripada mereka telah gaga! berkomunikasi serta menimbulkan pelbagai kesukaran kepada kenderaan lain seperti kemungkinan langgar belakang 68.6% , langgar rusuk 5.08%, langgar tepi kiri 4.23%, langgar tepi kanan 5.08%, terbabas 3.38 % dan perlanggaran bersilang 90 darjah 13.55 %. Tahap bahaya yang ditimbulkaa oleh pemandu yang tidak berkomunikasi juga menjurus.kepada.tahap.yang tinggi dan hampir berlaku perlanggaran sebenar golongan ini mewakili 78%. Namun begitu.terdapat juga pemandu, yang memberi isyarat masih memandu dengan cara yang menimbulkan kesukaran kepada kenderaan lain berjumlah 22%, tetapi hanya ditahap bahaya yang rendah sahaja. Lihat rajah. Rajah 1 perbandingan kesukaran yang dibuat oleh pemandu berkomunikasi atau tidak Berkomunikasi. 1= situasi normal terendah, 2= situasi normal tinggi, 3=situasi serius sederhana tinggi, 4=situasi serius tahap tinggi dan 5 = situasi serius tahap tertinggi. Ini membuktikan bahawa komunikasi, isyarat sangat penting kepada pemandu dalam mengeJak kemalangan. Juga didapati bahawa tanpa komunikasi, tahap kesukaran bertambah tinggi sehingga boleh menyebabkan perlanggaran yang serius. Hasil temuduga telah memberi jawapan kepada soalan mengapakah pemandu-pernandu tersebut tidak menggunakan isyarat atau berkomunikasi sesama pemandu. Dua jawapan diterirna adalah 72.73% mengatakan tergesa-gesa dan 27.3% mengatakan tidak sengaja. Tetapi tujuan perjalanan mereka adalah jelas tidak menggambarkan keadaan yang mereka tergesa-gesa kerana 45.5% dalam perjalan kerurnah sendiri, 18.2% kerurnah kawan dan 9% untuk pergi rnernbeli belah . Pernandu tempatan merupakan gulongan yang paling cuai untuk berkomunikasi kerana 90.9% daripada rnereka adalah pernandu tempatan Sebagai rumusan, penggunaan isyarat oleh pemandu sebagai cara berkomunikasi adalah amat penting kepada pemandu untuk mengelak daripada berlaku kemalangan jalan raya Elimen komunikasi ini perlu dititikberatkan penggunaanya oleh pehak berkuasa kerana kajian dengan jelas rnenunjukan bahawa dengan adanya komunikasi , kesukaran yang diujudkan oleh pemandu menjadi lebih ringan dan kurang tahap bahayanya.


Download File

[img] Text
115182.pdf

Download (7MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18234

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Traffic accidents
Subject: Communication and traffic - Pahang - Kuantan
Call Number: FK 2001 84
Chairman Supervisor: Prof. Madya Dr Ir Fakhru'l Razi Ahmadun
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Mar 2025 04:01
Last Modified: 04 Mar 2025 04:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115182
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item