UPM Institutional Repository

Mengaplikasikan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan ke dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja, Tentera Darat Malaysia


Citation

Ismail, Mohd Shafri (2000) Mengaplikasikan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan ke dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja, Tentera Darat Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sebagai sebuah agensi senggaraan dan pembaikan bagi Tentera Darat, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi Kor JLJ DiRaja tidak dapat dipertikaikan. Walaupun Kor JLJ DiRaja (sebagai sebuah sub-sistem Angkatan Tentera) dikecualikan dari Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan, aspek keselamatan dan kesihatan tidak diabaikan dan sebaliknya, telah menjadi sebahagian dari budaya kerja organisasi ini dari semenjak penubuhannya pada tahun 1957 lagi. Kor JLJ DiRaja kini menggunakan peraturan-peraturan dan garis panduan mengenai keselamatan dan kesihatan yang diwarisi dari Angkatan Tentera British yang telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan kesesuaian perkhidmatan sekarang. Di samping itu, Kor JLJ DiRaja juga sentiasa sahaja menggubal peraturan tambahan untuk memenuhi keperluan yang wujud dari masa ke semasa. Proses penggubalan peraturan ini bagaimanapun hanya dilaksanakan secara bersendirian tanpa merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan. Walaupun menyedari betapa mustahaknya Akia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan, Kor JLJ DiRaja juga sehingga sekarang tidak pernah berusaha untuk mengaplikasikan akta berkenaan ke dalam perkhidmatannya. Justeru itu, kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenalpasti kesesuaian untuk mengaplikasikan akta ini ke dalam Kor JLJ DiRaja agar ia bukan sahaja dapat mempertingkatkan tahap profesionalisma organisasi tetapi dalam masa yang sama boleh menambah baik moral dan keberkesanan setiap warganya. Kajian ini telah medapati bahawa terdapat banyak peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan yang digunapakai oleh Kor JLJ DiRaja sekarang menyerupai dengan peraturan-peraturan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan, walaupun ianya digubal secara berasingan. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan akta ini ke dalam Kor JLJ DiRaja hanya akan melibatkan pengubahsuaian sistem perundangan dan pentadbiran sekarang secara minimum sahaja. Namun demikian ia hanya boleh dilaksanakan apabila akta ini dibaca atau digunakan secara bersama dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) dan perundangan kecil yang berkaitan dan tidak secara bersendirian. Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan sesuai untuk diaplikasikan ke dalam Kor JLJ DiRaja semasa organisasi ini melaksanakan tanggungjawabnya semasa aman di pangkalan dan dalam keadaan statik.


Download File

[img] Text
115122.pdf

Download (5MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18222

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Industrial safety - Law and legislation - Malaysia
Subject: Industrial hygiene - Law and legislation - Malaysia
Subject: Industrial safety
Call Number: FK 2000 68
Chairman Supervisor: Tuan Ir. Haji Fuad Abas
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 25 Feb 2025 04:17
Last Modified: 25 Feb 2025 04:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115122
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item