UPM Institutional Repository

Pemanasan lebih dibengkel kimpalan dan fabrikasi logam


Citation

Omar, Abdul Rahim (2000) Pemanasan lebih dibengkel kimpalan dan fabrikasi logam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Projek ini dibuat untuk mengatasi keadaan suhu yang panas dengan memberikan beberapa cadangan pengubahsuaian terhadap bengkel kimpalan yang sedia ada. Pengubahsuaian yang dibuat berdasarkan sebut harga dari pembekal-pembekal dengan harga mengikut keadaan semasa. Selepas mendapatkan sebutharga dan kaedah yang sesuai, satu simulasi pengkomputeran menggunakan perisian Computational Fluid Dynamics dengan kod nama FLUENT dibuat untuk melihat keberkesanan cadangan. Pengukuran kadar haba dilakukan dengan menggunakan alat sling psychrometer, globe thermometer dan gas pengesan. Ujian suhu dibahagikan kepada 4 keadaan iaitu pertama keadaan di mana bengkel tersebut terbuka sepenuh (keadaan biasa) dengan pelatih melakukan pekerjaan di dalamnya. Kedua di mana bengkel ditutup sebahagian dan tiada pekerjaan dilakukan. Ketiga bengkel ditutup sepenuhnya tiada pelatih di dalam dan keempat keadaan bengkel disalut (insulate) sepenuhnya menggunakan kertas aluminium. Keselesaan pada bengkel ini adalah perlu kerana penggunanya adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang memerlukan keselesaan bagi melakukan aktiviti-aktiviti bengkel. Adalah diharapkan dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat menjadikan keadaan tempat kerja lebih selesa. Keadaan tempat kerja yang selesa akan dapat meningkatkan prestasi pelajar secara amnya.


Download File

[img] Text
115081.pdf

Download (6MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18217

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Insulation (Heat)
Subject: Heat
Subject: Temperature measurements
Call Number: FK 2000 63
Chairman Supervisor: Dr. Ir. Nor Mariah Adam
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 25 Feb 2025 03:40
Last Modified: 25 Feb 2025 03:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115081
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item