UPM Institutional Repository

Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC


Citation

Che Daud @ Che Mud, Ahmad Fuad (2023) Pengaruh pemahaman membaca teks Arab terhadap penulisan struktur ayat pelajar berasaskan model CIRC. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Menulis merupakan proses mengekstrak maklumat sedia ada yang telah dibaca dalam bentuk baharu. Kajian menunjukkan bahawa pelajar masih menghadapi masalah dalam penulisan struktur ayat sekalipun mereka telah mempelajari kemahiran membaca teks bahasa Arab. Hal ini berpunca daripada kelemahan mereka dalam memahami teks yang dibaca. Masalah ini juga merupakan kesinambungan daripada kelemahan penguasaan kosa kata dan tatabahasa bahasa Arab di samping faktor pelajar yang kurang bermotivasi serta tidak menggunakan strategi pembelajaran yang sesuai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan (1) mengenal pasti penulisan prakajian pelajar dari aspek struktur ayat; (2) menganalisis pemahaman bacaan teks dari aspek struktur ayat; (3) menilai penulisan pascakajian pelajar dari aspek struktur ayat; dan (4) merumuskan pengaruh pemahaman bacaan teks terhadap penulisan pelajar dari aspek struktur ayat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes dengan menerapkan teori “Perkongsian Pengetahuan Membaca dan Menulis” (PPMM) melalui implementasi model “Cooperative Integrated Reading and Composition” (CIRC) bagi menghubungkan pemahaman membaca dengan kemahiran menulis. Sebanyak lapan (8) orang pelajar tingkatan empat (4) pelbagai aras pencapaian dalam kemahiran menulis bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River menjadi peserta kajian ini. Mereka telah menjalani aktiviti membaca dan menulis dengan mempraktikkan model pembelajaran koperatif CIRC yang memerlukan penglibatan aktif pelajar. Data dikumpulkan melalui (1) ujian penulisan prakajian, (2) aktiviti pemahaman bacaan teks dan (3) tugasan penulisan pascakajian. Selain itu, data juga dikumpulkan melalui (4) temu bual dan (5) pemerhatian bagi mendapatkan data yang lebih kukuh. Data dianalisis berdasarkan domain “struktur ayat”. Dapatan kajian ini secara amnya menunjukkan penggunaan model CIRC melalui aktiviti membaca dan menulis dapat membantu peserta kajian menghasilkan penulisan dengan lebih baik dari aspek struktur ayat. Dapatan bagi penulisan prakajian menunjukkan peserta kajian tidak mampu menghasilkan variasi ayat yang pelbagai, selain struktur ayat yang dibina tidak mempunyai unsur keterangan yang jelas. Semasa membaca teks pula, mereka hanya memfokuskan pada subjek dan predikat utama sahaja, malah mereka banyak merujuk pemahaman dalam bahasa Melayu. Bagi penulisan pascakajian, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan apabila mereka dapat mengadaptasikan pola struktur ayat daripada teks bacaan ke dalam penulisan mereka, bahkan penggunaan kosa kata yang sesuai dan menepati konteks dalam struktur ayat juga menunjukkan hasil yang positif. Dapatan ini menunjukkan implikasi yang baik daripada penggabungjalinan membaca dan menulis untuk meningkatkan penulisan struktur ayat pelajar melalui aktiviti pembelajaran secara aktif dan bermakna berasaskan pemahaman bacaan teks dan pemahaman struktur ayat. Penggabungjalinan serta pembelajaran secara koperatif ini telah menghasilkan kesan positif, sekali gus menyumbang kepada aktiviti PdP yang berkesan yang belum pernah dijalankan sebelum ini.


Download File

[img] Text
114327 (IR).pdf

Download (2MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18154

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Arabic language - Study and teaching (Secondary) - Malay speakers
Subject: Arabic language - Writing
Call Number: FBMK 2023 4
Chairman Supervisor: Nik Farhan binti Mustapha, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 20 Jan 2025 09:44
Last Modified: 20 Jan 2025 09:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114327
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item