Citation
Ahmad, Normaizatul Anis
(2022)
Manifestasi rasa insaniah dalam novel Ayahanda dan Mereka yang Tertewas.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini mengenai manifestasi rasa insaniah dalam novel Ayahanda karya
Azizi Hj. Abdullah dan Mereka yang Tertewas karya Hasanuddin Md. Isa.
Kedua-dua novel digarap oleh penulis yang produktif dan prolifik dalam
penulisan novel berunsur Islam. Kedua-dua novel juga masih menjadi tumpuan
perbincangan sehingga kini. Kajian ini bertolak daripada pemahaman bahawa
kesan rasa penting diberikan tumpuan kerana dapat mendorong kepada
keinsanan manusia. Walaupun sudah ada kajian terdahulu mengenai unsur
insaniah dan nilai Islam, namun didapati bahawa kesan rasa yang menjadi
induk kepada aspek-aspek tersebut masih kurang dilakukan sedangkan rasa
itu yang mendorong kepada perlakuan keinsanan. Pengamatan juga
mendapati bahawa belum ada kajian tentang rasa insaniah dilakukan dalam
novel-novel yang dipilih. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengisi
kelompangan daripada kajian lepas. Pendekatan Model Rasa Insaniah
gagasan Shamsudin Othman (2012) digunakan dengan mengaplikasikan tiga
prinsip utama iaitu prinsip pengabdian kepada Allah s.w.t, prinsip pengucapan
beradab dan prinsip kehalusan makna. Objektif kajian ialah untuk
mengklasifikasi rasa insaniah dalam novel-novel yang dikaji, menganalisis rasa
insaniah dalam novel-novel yang dikaji dan merumuskan hubungan antara
rasa insaniah dengan nilai keinsanan dalam kehidupan watak-watak Muslim
dalam novel-novel yang dikaji. Analisis mendapati bahawa aspek rasa takwa
meliputi persoalan beriman kepada Allah, beriman kepada Rasul, beriman
kepada kitab, beriman kepada malaikat, beriman kepada hari akhirat dan
beriman kepada qada‟ dan qadar. Aspek rasa cinta akan Allah meliputi
persoalan solat, mencintai Rasulullah dan jihad. Aspek rasa cinta sesama
manusia meliputi persoalan tolong-menolong, kasih-sayang dan menegur
kesilapan. Selain itu, ditemukan juga aspek rasa syukur dan rasa taubat.
Aspek rasa rindu akan Allah meliputi persoalan berzikir dan berdoa. Rasa rindu
sesama manusia meliputi persoalan rindu akan keluarga. Akhir sekali, rasa
simpati dilihat kepada perasaan belas ihsan sesama manusia. Hasilnya, kajian
ini dapat membuktikan bahawa kedua-dua novel sememangnya mempunyai
rasa insaniah yang mendorong kepada pembentukan keperibadian insan
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |