UPM Institutional Repository

Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis


Citation

Muhammad Taha, Nurul Atirah (2022) Unsur semiotik dalam puisi Melayu dan Perancis. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Puisi merupakan seni kesusasteraan yang menggambarkan corak pemikiran serta adat budaya sesuatu masyarakat. Ketinggian nilai estetika sesuatu puisi dapat dilihat melalui strukturnya yang diperkaya dengan bahasa kiasan serta perlambangan-perlambangan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tidak langsung. Puisi digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, dan pesanan. Namun begitu, puisi-puisi moden banyak digunakan untuk meluahkan emosi. Bentuk puisi yang bebas dan padat dengan semiotik yang bersifat peribadi menyebabkan puisi tersebut menjadi kabur dan sukar difahami oleh pembaca. Di samping itu, keunikan sesuatu puisi terhasil daripada perbezaan faktor budaya yang mempengaruhi penggunaan perlambangan masyarakat masing-masing. Jurang perbezaan budaya ini menyebabkan ketaksaan dalam penyampaian makna sesuatu puisi ekoran kesukaran memahami perlambangan-perlambangan yang asing serta berbeza daripada budaya tempatan. Kekaburan unsur semiotik dalam puisi moden, unsur semiotik yang kompleks serta pemaknaan semiotik yang berbeza antara dua masyarakat menjadi titik tolak kepada pembentukan kajian ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur semiotik yang terdapat dalam puisi Melayu dan Perancis serta menganalisis persamaan dan perbezaan unsur semiotik yang terkandung dalam puisi-puisi tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif deskriptif serta kaedah analisis dokumen berdasarkan Teori Semiotik Riffaterre (1978). Sampel kajian yang digunakan ialah sebanyak 30 puisi Melayu dan 30 puisi Perancis yang bertemakan cinta. Oleh itu, 30 puisi Melayu telah dipilih daripada buku Malam Ini Malam Berinai (2016), Bercakap dengan Kucing (2014), Dari Cinta Kepada Cinta (2015), dan Di Atas Perahu Cinta (2014). Manakala 30 puisi Perancis tema cinta dipilih daripada laman web www.poemes.co, https://www.poesie-francaise.fr/, https://www.lesvoixdelapoesie.com/ dan https://www.poetica.fr/categories/amour/. Untuk proses pengenalpastian unsur-unsur semiotik dijalankan berdasarkan Teori Semiotik Riffaterre (1978) yang menekankan aspek ketidaklangsungan ekspresi, pembacaan heuristik dan hermeneutik serta penelitian matriks, model dan variasi. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada unsur-unsur semiotik yang digunakan dalam puisi cinta Melayu ialah unsur alam seperti matahari, langit, bulan, api dan bagi puisi Perancis padat dengan perlambangan abstrak iaitu fée, la sirène, dan enfer. Namun begitu itu, terdapat lebih banyak persamaan berbanding perbezaan dari segi makna unsur-unsur semiotik yang terkandung dalam puisi Melayu dan Perancis. Contohnya penggunaan malam untuk menunjukkan kesunyian, penggunaan perlambangan bunga sebagai simbol kepada wanita. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan unsur yang berbeza pada kelompok bahasa yang berbeza. Unsur dominan dalam puisi Melayu ialah unsur Alam manakala unsur yang dominan dalam puisi Perancis ialah unsur Abstrak. Kajian ini diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman dalam konteks unsur-unsur semiotik dalam puisi sekaligus dapat membantu memupuk minat pembaca dalam memahami puisi Melayu dan Perancis.


Download File

[img] Text
114250.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18143

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry - History and criticism
Subject: French poetry - History and criticism
Subject: Semiotics and literature
Call Number: FBMK 2022 59
Chairman Supervisor: Professor Madya Hazlina Binti Abdul Halim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 20 Jan 2025 08:06
Last Modified: 20 Jan 2025 08:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114250
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item