Citation
Zain Azman, Sarah Balqis
(2022)
Kohesi dan koheren dalam lirik lagu Perancis.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Lagu merupakan satu karya seni bagi penciptanya untuk menyampaikan mesej kepada
pendengar melalui irama dan lirik. Kepaduan dalam sebuah wacana terutama dalam
lirik sebuah lagu memberikan gambaran tentang apa yang ingin disampaikan penulis
lagu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kohesi serta menganalisis
koheren dalam lirik lagu Perancis terpilih. Reka bentuk kajian ini bersifat campuran
iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan mengaplikasikan dua teori iaitu Teori
Kohesi Halliday dan Hasan (1976) dan Teori Harimurti Kridalaksana (1978) bagi
analisis hubungan koheren. Selain itu, sebanyak 50 buah lagu Perancis terpilih
dijadikan sebagai sampel kajian. Kaedah pemilihan lagu-lagu ini berdasarkan single
yang mencapai kedudukan tertinggi dalam penjualan rekod di Perancis daripada tahun
1970-an sehingga tahun 2010-an. Analisis kohesi dalam kajian ini dibahagikan kepada
dua bahagian, iaitu kohesi gramatikal dan kohesi leksikal. Kohesi gramatikal terdiri
daripada rujukan, penggantian, elipsis dan konjungsi. Seterusnya, kohesi leksikal pula
dibahagikan kepada reterasi dan kolokasi. Manakala, hubungan koheren pula dianalisis
berdasarkan 15 jenis hubungan koheren yang dikemukakan oleh Teori Harimurti
Kridalaksana (1978). Hasil daripada kajian ini menunjukkan penggunaan kohesi
gramatikal mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 2978 data iaitu rujukan memperoleh
1876 data, penggantian 14 data, elipsis hanya mencatat tiga data sahaja dan konjungsi
berjumlah 672 data. Manakala, kohesi leksikal pula mencatatkan jumlah keseluruhan
sebanyak 838 data iaitu reterasi yang mengandungi kata yang sama 754 data, sinonim
tiga data, superordinat sebanyak sembilan data dan kolokasi berjumlah 72 data.
Sementara itu, jenis hubungan koheren yang ditemukan dalam lagu-lagu ini adalah
sebanyak sembilan jenis sahaja yakni hubungan sebab-hasil, sebab-tujuan, latarkesimpulan,
parafratis, amplikatif, aditif waktu, identifikasi, generik-spesifik dan
ibarat. Bagi hubungan sebab-akibat, alasan-sebab, kelonggaran-hasil, syarat-hasil,
perbandingan dan aditif non-waktu tidak ditemui dalam lagu-lagu ini. Oleh itu, kajian
ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada penulis lirik dan penyelidik serta
diharapkan supaya kajian akan datang dapat menerokai dua ciri keutuhan wacana ini
kepada kaedah kualitatif bagi lagu-lagu bahasa yang lain.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |