UPM Institutional Repository

Pelajar UPM Bantu NKRA Tingkat Pencegahan Rasuah


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar UPM Bantu NKRA Tingkat Pencegahan Rasuah. [UPM News]

Abstract

SERDANG– Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyuarakan pandangan mereka bagi menambah baik alternatif pencegahan rasuah melalui Program UPM Outreach anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa, Pengurusan Kolej Kedua UPM bersama Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan (BPP), National Key Result Areas (NKRA). Ketua Sektor Media dan Data BPP NKRA, Nurirdzuana Ismail berkata program julung kali itu bertujuan memperoleh idea baru daripada golongan pelajar selaras dengan moto NKRA ‘mencegah rasuah untuk generasi akan datang.’ “Program ini yang merupakan antara aktiviti NKRA akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Laporan Tahunan Pelan Transformasi Kerajaan pada 27 Mac lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis itu. Reshmonu (kiri) bertindak sebagai moderator program, Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMADAM), D.Ravindran (tengah) dan Pengetua Kolej Kedua UPM, Rosna Abdul Rahman. Program itu turut dimeriahkan oleh selebriti Malaysia, Reshmonu yang bertindak sebagai moderator. Hadir sama Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMADAM), D.Ravindran dan Pengetua Kolej Kedua UPM, Rosna Abdul Rahman. Nurirdzuana merakamkan penghargaan kepada Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan yang telah memberi kerjasama sepenuhnya terhadap program merealisasikan Pelan Trasformasi Kerajaan. Katanya lagi, NKRA bercadang meneruskan program seumpama itu bersama pelajar institusi pengajian tinggi lain pada masa akan datang bagi memperoleh idea yang lebih segar daripada golongan pelajar. Sementara itu, D.Ravindran berkata perbincangan itu juga dapat membantu pelajar menonjolkan nilai integriti diri dalam membantu kerajaan membasmi rasuah.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_UPM_Bantu_NKRA_Tingkat_Pencegahan_Rasuah.pdf

Download (154kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 31 Mar 2011 06:46
Last Modified: 27 May 2013 07:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11423
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item