UPM Institutional Repository

Penerbitan artikel bahasa Melayu dalam akses terbuka di Malaysia


Citation

Mohd Fadzil, Mohammad Zakuan (2021) Penerbitan artikel bahasa Melayu dalam akses terbuka di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang menyerlahkan kajian-kajian ilmiah yang sedia ada dalam melihat sejauh manakah kedudukan bahan rujukan ilmiah bahasa Melayu dalam akses terbuka di Malaysia. Terdapat tiga objektif yang dilihat begitu signifikan dalam kajian ini, iaitu bilangan artikel ilmiah bahasa Melayu, perkembangan tahun penerbitan artikel ilmiah bahasa Melayu serta afiliasi pengarang penerbitan artikel ilmiah bahasa Melayu dalam akses terbuka. Dalam memastikan kajian ini mencapai objektifnya, pendekatan bibliometrik oleh Rehn, Gornitzki, Larsson dan Wadskog (2014) telah diterapkan. Pemilihan pendekatan ini bertepatan dengan bahan kajian yang digunakan, iaitu artikel ilmiah. Pengumpulan data dibataskan hanya kepada artikel bahasa Melayu sahaja yang dipilih dan artikel mestilah berbentuk ilmiah yang disaring dengan menggunakan struktur IMRaD oleh P. K. Ramachandran Nair dan Vimala D. Nair (2014). Sampel kajian diambil daripada artikel di Malaysian Citation Index (MyCite) dan terdapat sebanyak 16720 bilangan artikel bahasa Melayu daripada 153 buah jurnal. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian mendapati bahawa sebanyak 8016 artikel ilmiah bahasa Melayu yang terdapat dalam akses terbuka di MyCite. Selain itu, perkembangan tahun penerbitan artikel ilmiah bahasa Melayu dalam akses terbuka tidak konsisten dari tahun 1973 hingga tahun 2018. Terdapat sebanyak 400 afiliasi yang dikenal pasti dalam menyumbang kepada penerbitan artikel ilmiah bahasa Melayu iaitu 20 institusi dari IPTA, 53 institusi IPTS, 109 IPT luar negara, 127 institusi awam, 20 institusi swasta, 25 institusi luar negara dan 46 institusi lain-lain. Secara tuntasnya, kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan bererti dalam pengkajian artikel ilmiah bahasa Melayu dan akses terbuka, sekali gus membuka ruang dan peluang dalam meraikan kajian-kajian ilmiah pada masa akan datang.


Download File

[img] Text
114195.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18119

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Open access publishing - Periodicals
Subject: Scholarly publishing
Call Number: FBMK 2021 72
Chairman Supervisor: Prof. Madya Norazlina Haji Mohd Kiram, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 06 Dec 2024 03:56
Last Modified: 06 Dec 2024 03:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114195
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item