UPM Institutional Repository

Hubungan antara situasi publik dan tingkah laku komunikasi melalui Whatsapp dalam kalangan pekerja universiti


Citation

Shafie, Siti Azura (2021) Hubungan antara situasi publik dan tingkah laku komunikasi melalui Whatsapp dalam kalangan pekerja universiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini mengaplikasikan Teori Situasi Publik (STP) adalah untuk mengenal pasti persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi yang terbentuk dalam kalangan pekerja Universiti Putra Malaysia (UPM). Objektif spesifik kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi dan tingkah laku komunikasi pekerja dalam masalah situasi apabila majikan memberi arahan kerja di luar waktu bekerja melalui WhatsApp. Maklumat ini dapat mempengaruhi cara individu dalam aktiviti pencarian, pemilihan, dan pemprosesan maklumat sebagai langkah kepada proses penyelesaian masalah dari sudut komunikasi WhatsApp di UPM. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi melalui WhatsApp dalam kalangan pekerja UPM. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 364 orang pekerja UPM yang telah memberi maklum balas. Hasil analisis kajian mendapati skor min paling tinggi bagi pemboleh ubah situasi masalah iaitu pengenalpastian masalah dengan 5.78, pengenalpastian kekangan 5.06, dan pengenalpastian penglibatan 5.45. Bagi pemboleh ubah tingkah laku komunikasi pula iaitu pencarian maklumat dengan skor min 4.51 dan pemprosesan maklumat 4.66. Analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi. Analisis regrasi pelbagai pula menunjukkan bahawa secara signifikannya pengenalpastian kekangan dalam kalangan pekerja UPM merupakan pemboleh ubah peramal paling utama dalam melakukan tindakan penyelesaian masalah iaitu (ß= .109, p<.05) dan memberi sumbangan varians sebanyak 34%. Pengenalpastian penglibatan pula merupakan peramal kedua utama yang menyumbang dalam tingkah laku komunikasi iaitu (β = .30, p<.05) dengan sumbangan varians sebanyak 33%. Seterusnya pengenalpastian masalah iaitu (β= .32, p<.05) dengan sumbangan varians sebanyak 26% merupakan peramal yang kurang menyumbang kepada tingkah laku komunikasi. Dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakkan pekerja UPM mempunyai hubungan signifikan antara persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi melalui WhatsApp. Oleh itu, dengan mengambil kira dari sudut komunikasi, kajian ini telah memberi implikasi secara teoritikalnya iaitu pihak universiti dapat mengenal pasti pekerja UPM yang mengenali situasi apabila majikan memberi arahan kerja di luar waktu bekerja melalui WhatsApp.


Download File

[img] Text
114191.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18114

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Communication in management
Subject: Organizational behavior
Subject: Job stress
Call Number: FBMK 2021 68
Chairman Supervisor: Norliana Binti Hashim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 06 Dec 2024 03:42
Last Modified: 06 Dec 2024 03:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114191
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item