UPM Institutional Repository

Kesilapan sintaksis dalam penulisan memo dalaman


Citation

Putit, Norlia (2020) Kesilapan sintaksis dalam penulisan memo dalaman. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini, menjelaskan kesilapan sintaksis dan mendeskripsikan bentuk kesilapan sintaksis yang merangkumi kesilapan penggunaan tanda baca dalam penulisan memo dalaman oleh pihak pengurusan di Institut Pendidikan Guru di Kota Samarahan, Sarawak. Kriteria bagi kesempurnaan ayat sebagai suatu unit bahasa yang gramatis ialah bentuknya yang sempurna dari sudut sintaksis dan tidak mengalami penyimpangan dan pelanggaran bahasa dan tulisan. Oleh yang demikian, objektif penyelidikan ini adalah menjelaskan kesilapan sintaksis dalam penulisan isi kandungan yang digunakan dalam memo dan menghuraikan kesilapan tanda baca dalam penulisan isi kandungan memo dalaman. Kajian ini berlandaskan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et.al., (2015) yang merupakan hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif. Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui rumus yang telah diketengahkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015). Bahan kajian terdiri daripada memo dalaman yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru di Kota Samarahan, Sarawak sepanjang Januari sehingga Ogos 2015. Data dianalisis secara kualitatif dan dipersembahkan secara deskriptif. Dari aspek kesilapan sintaksis pula, kesilapan dalam aspek pembentukan ayat dan frasa merupakan kesilapan yang paling kerap ditemukan dalam penulisan isi kandungan memo. Data linguistik juga menunjukkan bahawa terdapat enam kesilapan tanda baca yang kerap hadir dalam isi kandungan memo ini, iaitu kesilapan tanda noktah (.), koma (,), koma bertitik (;), titik bertindih (:), kurung (()) dan garis miring (/). Kesilapan tanda noktah merupakan kesilapan yang kerap dilakukan oleh penulis memo kajian penyelidik.


Download File

[img] Text
114180.pdf

Download (859kB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18106

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Syntax
Call Number: FBMK 2020 69
Chairman Supervisor: Profesor Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Malay language, syntactic errors, punctuation, writing memo, syntax, punctuation errors, punctuation system
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 06 Dec 2024 03:38
Last Modified: 06 Dec 2024 03:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114180
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item