UPM Institutional Repository

Alih kod Melayu-Arab dalam drama Warkah Cinta


Citation

Senan, Nurul Nadhirah (2019) Alih kod Melayu-Arab dalam drama Warkah Cinta. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan berbilang bangsa yang melahirkan pelbagai keunikan budaya, kepercayaan dan bahasa. Hampir kesemua negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan kaum akan mengalami fenomena alih kod. Fenomena ini mempengaruhi kewujudan alih kod dalam komunikasi masyarakat yang merupakan sebahagian daripada ciri multilingual rakyat Malaysia. Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti fenomena alih kod Melayu-Arab dalam drama ‘Warkah Cinta’ pada tahun 2012, saluran TV Al-Hijrah. Kajian ini meneliti jenis alih kod dan fungsi alih kod melalui drama ‘Warkah Cinta’. Di samping itu, kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks dalam mengaplikasikan pendekatan Teori Poplack (1980) bagi mencapai objektif utama iaitu mengkaji jenis-jenis alih kod. Selain itu, pengkaji juga menggunakan teori Gumprez (1982) dalam menganalisis fungsi-fungsi alih kod dalam drama tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa alih kod terbahagi kepada dua jenis sahaja menerusi drama ini iaitu inter-ayat dan intra ayat. Terdapat 6 dialog yang mengandungi alih kod jenis inter-ayat dan 26 dialog alih kod jenis intra-ayat ditemui dalam kajian ini. Di samping itu, pengkaji juga mendapati bahawa daripada enam fungsi yang disenaraikan oleh Gumprez (1982), hanya lima fungsi alih kod sahaja yang terlibat antaranya adalah pemetikan kata-kata, spesifikasi, interjeksi, pengulangan dan kata ganti nama diri.


Download File

[img] Text
114179.pdf

Download (948kB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18105

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Code switching (Linguistics)
Call Number: FBMK 2019 59
Chairman Supervisor: Professor Mohd Azidan bin Abdul Jabar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 06 Dec 2024 03:36
Last Modified: 06 Dec 2024 03:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114179
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item