Citation
Mat Rani, Rohayu
(2018)
Peranan raja dan pembesar dalam teks Bustan al-Salatin berdasarkan pendekatan al-Nafs al-Muthma'innah al-Ghazali.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini menganalisis peranan raja dalam teks Bustan al-Salatin (bab ke-3)
menggunakan pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Selain itu,
menganalisis peranan pembesar dalam teks Bustan al-Salatin menggunakan
pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Seterusnya, kajian juga
menganalisis perbandingan peranan raja dan pembesar dalam Bustan al-
Salatin berdasarkan pendekatan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali. Kajian ini
bertitik tolak bahawa persoalan keimanan yang tinggi dan teguh dalam diri
golongan raja dan pembesar mempengaruhi keberkesanan sesuatu peranan
yang dimainkan. Bagi memenuhi objektif kajian tersebut, pendekatan al-Nafs
al-Muthma’innah al-Ghazali digunakan sebagai kayu ukur dalam menilai tahap
keimanan dalam diri seseorang raja dan pembesar dalam teks Bustan al-
Salatin. Al-Nafs al-Muthma’innah adalah ukuran diri yang sempurna serta
memiliki kawalan iman yang kuat dan teguh. Hasil kajian mendapati bahawa
terdapat enam peranan yang dimainkan oleh raja dalam teks kajian iaitu, raja
berperanan sebagai hamba Tuhan, pemegang amanah khalifah, ahli ibadat,
ketua pemerintah, ketua agama dan pelindung. Manakala bagi empat jawatan
pembesar yang ditemui dalam kajian ini ialah kadhi sebagai hakim, wazir
sebagai penasihat raja, utusan sebagai wakil raja dan katib sebagai jurutulis
raja. Kajian ini juga mendapati empat aspek perbandingan peranan raja dan
pembesar berdasarkan al-Nafs al-Muthma’innah al-Ghazali iaitu, dari
pembersihan jiwa (taubat), kepatuhan dan ketundukan kepada perintah Allah
SWT, penentangan terhadap nafsu syahwat dan pengisian jiwa dengan sifat
terpuji (mahmudah). Hasil dapatan juga mendapati bahawa raja-raja yang
memiliki tahap keimanan yang tinggi dan teguh mampu memainkan peranan
dengan berkesan. Manakala, golongan pembesar pula, tidak semua jawatan
pembesar mampu menjalankan peranannya dengan baik, kerana kurang dan
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |