UPM Institutional Repository

Kohesi Leksikal dalam lirik lagu dikir barat


Citation

Ahmad, Siti Asma (2017) Kohesi Leksikal dalam lirik lagu dikir barat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Lirik lagu merupakan ekspresi seseorang tentang sesuatu hal yang sudah dilihat, didengar mahupun yang sudah dialami. Dalam mengekspresikan pengalaman, penulis lirik lagu sering melakukan permainan kata-kata dan bahasa untuk mencipta kreativiti dan tarikan terhadap sesuatu lirik lagu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek Kohesi Leksikal dalam Lirik Lagu dikir barat. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua objektif utama, untuk mengklasifikasikan aspek kohesi leksikal dalam lirik lagu dikir barat, dan menjelaskan fungsi aspek leksikal dalam lirik lagu dikir barat. Kajian ini menggunakan Teori Wacana Halliday & Hassan (1976), huraian analisis yang memuatkan lima jenis tautan, iaitu rujukan, penggantian, ellipsis, penghubung dan tautan leksikal. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan analisis tautan Halliday & Hassan (1976) sebagai dasar analisis. Walau bagaimanapun, hasilnya memperlihatkan bahawa terdapat tambahan, penyusunan semula dan penekanan aspek tertentu kepada model asal apabila teori Halliday & Hassan (1976) diterapkan untuk menghuraikan aspek kohesi leksikal lirik lagu dikir barat. Dalam kajian ini, data utama yang digunakan ialah 20 lirik lagu dikir barat daripada album-album Halim Yazid. Kajian ini adalah menggunakan kaedah analisis deskriptif. Secara umumnya, kajian ini berusaha merungkai aspek kohesi yang terdapat dalam album-album dikir barat Halim Yazid agar pendengar khasnya lapisan masyarakat dapat, mengetahui, menikmati, dan memahami maksud yang tersurat dan tersirat disebalik penyampaian lagu dikir barat di samping turut mendalami aspek kohesi yang terdapat di dalamnya. Hasil kajian mendapati bahawa penulis lirik lagu dikir barat menggunakan keseluruhan aspek kohesi iaitu aspek pengulangan, sinonim dan antonim dengan seimbang dalam lirik lagu yang menjadikan karya seni dikir barat ini sebagai karya sastera terbina dan mantap.


Download File

[img] Text
114173.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18101

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Cohesion (Linguistics)
Subject: Dikir barat
Subject: Songs - Texts - History and criticism
Call Number: FBMK 2017 83
Chairman Supervisor: Hazlina Abdul Halim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 06 Dec 2024 03:07
Last Modified: 06 Dec 2024 03:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114173
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item