UPM Institutional Repository

Pengetahuan kandungan, pedagogi dan sikap terhadap kesediaan guru dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah menengah di Selangor, Malaysia


Citation

Zainal Abidin, Muhamad Zaiful (2023) Pengetahuan kandungan, pedagogi dan sikap terhadap kesediaan guru dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah menengah di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengetahuan kandungan, pedagogi dan sikap dengan kesediaan guru terhadap pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sekolah menengah di negeri Selangor. Responden terdiri daripada 359 guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran daripada 10 buah daerah yang terlibat. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan format skala likert. Analisis kajian menunjukkan tahap kesediaan guru PJPK dalam pengajaran PEERS berada di tahap tinggi (M = 4.10, SP = 0.59). Ketiga-tiga pemboleh ubah bebas juga menunjukkan tahap yang tinggi dengan pemboleh ubah sikap (M = 4.05, SP = 0.61) dan pemboleh ubah pengetahuan kandungan dengan nilai (M = 4.00, SP = 0.62) manakala kajian juga mendapati pengetahuan pedagogi berada pada tahap tinggi (M = 3.96, SP = 0.61). Dapatan korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan kandungan (r = .816, p = 0.00), pengetahuan pedagogi (r = .803, p = 0.00) dan sikap (r = .806, p = 0.00) dengan kesediaan guru dalam pengajaran PEERS. Akhir sekali, analisis regresi kajian menunjukkan pengetahuan kandungan, pedagogi dan sikap sebagai peramal yang dapat menerangkan pemboleh ubah bersandar kesediaan guru R Square = .755 (75.5%) dan sikap merupakan faktor paling dominan sebagai penyumbang besar dengan 65 peratus terhadap kesediaan guru dalam pengajaran PEERS.


Download File

[img] Text
113959.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Sex educators - Training of - Malaysia
Subject: Sex instruction for youth - Malaysia.
Call Number: FPP 2023 6
Chairman Supervisor: Nasnoor Juzaily Mohd Nasiruddin, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 28 Nov 2024 06:57
Last Modified: 28 Nov 2024 06:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113959
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item