Citation
A.Maniveloo, Segar
(2022)
Perbezaan tahap kualiti Functional Movement Screen antara tiga kumpulan penari berlainan bangsa dalam kalangan penari tradisional.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kualiti
pergerakan dalam kalangan penari tradisional di Malaysia menggunakan alat
penilaian pergerakan functional movement screen (FMS). Kajian ini berbentuk
kajian tinjauan yang melibatkan 66 penari (M = 33, F = 33). Kajian ini melibatkan
penari tarian tradisional daripada 3 kumpulan iaitu melayu (MD = 22) cina (CD =
22) dan India (ID = 22). Analisis diskriptif menunjukkan tahap FMS penari cina
lebih baik daripada penari lain dengan (M = 18.50, SD = 1.102), diikuti penari
india (M = 18.23, SD = 1.445) dan terendah ialah penari melayu (M = 16.18, SD
= 2.062) dan Jumlah (M = 17.64, SD 1.878). Analisis ujian ANOVA menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan untuk skor FMS dengan ketiga-tiga
kumpulan penari , F (2,63) = 14.026, p =.000. Bagi analisis perbezaan bagi tujuh
ujian FMS pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian deep
squat (F (2,63) = 7.537, p =.001), hurdle step ( F (2,63) = 10.091, p =.000),
shoulder mobility (F (2,63) = 6.173, p =.004), active straight leg raise (F (2,63) =
7.603, p =.001) dan trunk stability push-up (F (2,63) = 3.506, p =.036). Manakala,
tiada perbezaan yang signifikan bagi ujian inline lunges (F (2,63) = .220, p =.803)
dan rotary stability (F (2,63) = 2.643, p =.079). Dapatan ini menunjukkan
penguasaan pergerakan asas tarian penari cina dan india lebih baik jika
dibandingkan dengan tarian tradisional Melayu yang kurang mengutamakan
penguasaan fleksibiliti, keseimbangan, koordinasi dan kelenturan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |