Citation
Wahab, Rozita
(2020)
Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Perkembangan sosio-emosi adalah antara aspek perkembangan yang paling
kritikal dalam kalangan kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah.
Masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial dalam kalangan
kanak-kanak dilaporkan mampu menyumbang kepada pelbagai isu lain yang
lebih serius seperti masalah pembelajaran, masalah tingkah laku, gangguan
kerisauan, dan kemurungan. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah
kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak perlu difahami
agar ia dapat dikurangkan atau dibendung daripada peringkat awal. Oleh itu,
kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara tahap
penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri
dan hubungan ibu bapa-anak dengan masalah kesukaran sosio-emosi dan
tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysia.
Kajian ini melibatkan 425 orang kanak-kanak prasekolah yang berusia lima dan
enam tahun di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian telah dipilih menggunakan
kaedah persampelan rawak berperingkat. Set borang soal selidik telah digunakan
untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kesukaran sosio-emosi, tingkah laku
prososial, hubungan ibu bapa-anak, kawalan kendiri, profil pemilikan dan
penggunaan teknologi digital kanak-kanak prasekolah, serta profil latar belakang
kanak-kanak prasekolah dan ibu bapa. Alat pengukuran yang telah digunakan
adalah Strength and Difficulties Questionnaire, Child-Parent Relationship Scale,
Teacher’s Self-Control Rating Scale, dan Skala Kebergantungan Teknologi
Digital. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa terdapat 9.4 peratus kanak-kanak
prasekolah berada pada tahap abnormal dalam aspek kesukaran sosio-emosi
dan 25.4 peratus kanak-kanak prasekolah berada pada tahap abnormal dalam
aspek tingkah laku prososial. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti kanakkanak
prasekolah mempunyai hubungan ibu bapa-anak tahap tinggi, kawalan
kendiri tahap sederhana, dan masalah kebergantungan teknologi digital pada
tahap rendah. Terdapat 82.6 peratus kanak-kanak prasekolah dilaporkan
menggunakan peranti teknologi digital melebihi dua jam sehari.
Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara tahap
penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri
dan hubungan ibu bapa-anak dengan kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku
prososial kanak-kanak prasekolah. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat
perbezaan signifikan bagi tahap kebergantungan teknologi digital, kawalan
kendiri, hubungan ibu bapa-anak, kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku
prososial di antara kanak-kanak prasekolah lelaki dan perempuan. Analisis
PROCESS Makro pula membuktikan bahawa hubungan ibu bapa-anak adalah
pengantara bagi perkaitan antara tahap penggunaan teknologi digital,
kebergantungan teknologi digital dan kawalan kendiri dengan kesukaran sosioemosi
dan tingkah laku prososial.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa masalah kesukaran sosio-emosi dan
tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah pada masa kini dipengaruhi
secara kritikal oleh faktor-faktor seperti tahap penggunaan teknologi digital,
kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu bapa-anak.
Dapatan kajian ini bermanfaat kepada pihak bertanggungjawab agar programprogram
untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan, kawalan kendiri dan
amalan penggunaan teknologi digital selamat dalam kalangan kanak-kanak dan
seluruh rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan. Kempen-kempen kesedaran
mengenai peranan penting golongan ibu bapa berkaitan risiko penggunaan
teknologi digital ke atas perkembangan kanak-kanak juga perlu diperluaskan agar
dapat mencapai seluruh kumpulan sasaran.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Early childhood education - Psychological aspects |
Subject: |
Technology and children |
Subject: |
Self-control in children |
Call Number: |
FEM 2020 28 |
Chairman Supervisor: |
Mariani Mansor, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
Date Deposited: |
25 Oct 2024 01:59 |
Last Modified: |
25 Oct 2024 01:59 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113062 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |