Citation
Mohd Salleh, Rabeta
(2002)
Kesan Suplementasi Ekstrak Air Bawang Putih Mentah (Allium Sativum Linn.) Ke Atas Sel Kanser Hepar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pemakanan dan kanser adalah dua istilah yang saling berkait rapat di antara
satu sama lain. Sesetengah komponen diet bukan sahaja boleh dikaitkan
dengan peningkatan insidens kanser, malah ia juga boleh mengurangkan
keterukan insidens beberapa jenis kanser. Di seluruh dunia, rempah-ratus,
sayuran dan pelbagai herba telah digunakan secara meluas sebagai agen
perisa di dalam pemprosesan dan penyediaan diet harian. Misalnya
komponen bioaktif di dalam bawang putih telah terbukti berkhasiat serta
mempunyai sifat antikanser.
Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan empat dos berbeza
ekstrak air bawang putih mentah yang diberi semasa hepatokarsinogenesis
dengan aruhan dietilnitrosamina (DEN) sebagai pencetus dan
asetilaminofluoren (AAF) sebagai agen promosi kanser hepar pada tikus
secara in vivo. Sebanyak 78 ekor tikus albino jantan spesis Sprague Dawley
yang berusia di antara 10 hingga 11 minggu, berat badan di antara
140- 170 g dan telah dibahagikan kepada 11 kumpulan : Kawalan, Bawang
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |