Citation
Shamsudin, Shamsul Bahari
(1998)
Pengaruh Kepekatan Plumbum Dalam Darah Dengan Tahap Cerdik Pandai (iq) di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Kuala Lumpur dan Terengganu, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepekatan plumbum
darah dengan IQ kanak-kanak di Malaysia. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai
kawasan bandar (tercemar) manakala Kemaman dan Setiu, Terengganu sebagai
kawasan luar bandar (kurang tercemar).jumlah responden seramai 212 kanakkanak,
112 dari bandar dan 100 dari luar bandar, terdiri dari kanak-kanak Melayu
yang berumur 6 1/2 hingga 8 1/2 tahun. Sampel darah diambil dari 82 responden
bandar dan 80 responden luar bandar, dengan menggunakan kaedah cucukan
hujung jari, skor IQ kanak-kanak diukur menggunakan 'McCarthy Scales of
Children's Abilities Test' (MSCA) dan prestasi akademik diperolehi dari
keputusan peperiksaan terbaru di sekolah masing-masing. Plumbum di udara
ambien disampel menggunakan 'Minivol' . Kepekatan plumbum pada kertas
penapis dan dalam darah dicerap menggunakan Spektrometer Serapan Atom
Relau Grath. Hasil kajian menunjukkan min kepekatan plumbum udara ambien di
Kuala Lumpur (0.095 ug/m3) lebih tinggi dari Kemaman (0.027 ug/m3) dan Setiu
(0.0 15 ug/m3) dimana perbezaan varian adalah signifikans.
Min log10 plumbum darah responden bandar (0.65 1) lebih tinggi dari luar
bandar (0.442), nilai min menunjukkan perbezaan yang signifikans (t=5. 1 1;
p<O.O1). Kajian menunjukkan skor IQ kanak-kanak luar bandar (99.26) lebih baik
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |