Citation
Abd Rashed, Aswid
(1998)
Perencatan Terhadap Pertumbuhan Escherichia Coli 2520 (USCC) Oleh Laktoferin Dan Bifidobakterium Asteroides.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Laktoferin merupakan sejenis protein pengikat ferum yang banyak terdapat di
dalam susu dan sekresi eksternal tubuh yang lain serta berupaya bertindak sebagai
agen antibakteria. Bifidobakteria merupakan sebahagian daripada komposisi utama
flora usus manusia normal dan turut berperanan merencat pertumbuhan bakteria
patogenik. Kajian ini menggunakan laktoferin yang diekstrak daripada susu lembu,
apo-laktoferin yang disediakan daripada laktoferin yang diekstrak dan B. asteroides
yang telah diasingkan daripada lebah madu (No. D-2 1 ) diperolehi dari Jabatan
Teknologi Makanan, UPM untuk mengkaji kesan antibakteria terhadap E. coli 2520
USCC melalui kajian secara in vitro dan in vivo. Kajian secata in vitro mendapati
laktoferin pada kepekatan 1 . 0 mg/mI menunjukkan kesan perencatan terhadap kadar
pertumbuhan E. coli 2520 (USCC) antara 3 - 9 jam ujikaji, apo-laktoferin
menunjukkan kesan perencatan terhadap pertumbuhan E. coli pada jangkamasa ujikaji
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |