Citation
Zailani @ Hj Ahmad, Siti Aisah
(2022)
Perbandingan antara bahasa Semai di Hulu Selangor dengan bahasa Melayu.
Doctoral thesis, UPM.
Abstract
Bahasa Semai merupakan bahasa yang dituturkan oleh orang Asli Semai dari
suku kaum Senoi. Bahasa Semai yang digunakan di kawasan pedalaman tidak
menerima pengaruh bahasa asing menyebabkan bahasa ini tidak berkembang
seperti bahasa Melayu dan mengalami banyak kekurangan dalam
perbendaharaan kata. Walaupun, bahasa Semai dan bahasa Melayu berasal
dari rumpun yang berbeza, serta tiada hubungan kedekatan antara kedua-dua
bahasa, namun kajian lalu memperlihatkan banyak penggunaan perkataan
bahasa Melayu dalam kosa kata bahasa Semai. Sehubungan dengan itu,
kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ciri linguistik bahasa Semai,
membandingkan kosa kata antara bahasa Semai dengan bahasa Melayu dan
menganalisis perubahan fonologi kosa kata bahasa Melayu dalam bahasa
Semai. Data dikutip di lapangan melalui pemerhatian dan temu bual bersama
10 orang informan bagi mengumpulkan 382 kosa kata. Penganalisisan data
menggunakan kaedah Leksikostatistik dan Teori Fonologi Generatif. Dapatan
kajian mendapati bahasa Semai mempunyai 8 fonem vokal dan 19 fonem
konsonan. Selain itu, kata bilangan ‘satu’, ‘dua’, ‘tiga’ dan ‘lima’ sahaja yang
disebut dalam bahasa Semai, manakala bagi kata ganti nama diri pertama,
kedua dan ketiga memperlihat ketulenan dalam bahasa Semai. Hasil
perbandingan 207 kosa kata antara bahasa Semai dan bahasa Melayu
menunjukkan 54 kata dasar yang berkognat, manakala kosa kata tidak kognat
antara bahasa yang dibandingkan dan mengekalkan ketulenan dalam bentuk
bahasa asalnya berjumlah 144 kata. Bahasa Semai berada pada tingkat
rumpun dengan bahasa Melayu 27.3%. Hasil kajian menunjukkan bahasa
Semai mengalami perubahan fonologi seperti penyisipan hentian glotis [],
penyisipan geseran glotis [h], penyahnasalan di akhir kata, pembentukan
hentian glotis [] dan nasal homorganik. Pencapaian ketiga-tiga objektif ini
telah menunjukkan kebaharuan yang berbeza dengan kajian bahasa Semai
yang telah dilaksanakan sebelum ini. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang
kepada penambahan rujukan bahasa orang Asli.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |