UPM Institutional Repository

Felcra Sebagai Sebuah Organisasi Pembelajaran


Citation

Haji Azahari, Suhail (1997) Felcra Sebagai Sebuah Organisasi Pembelajaran. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini meninjau pendapat staf mengenai Felcra sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Seramai 50 orang staf Kumpulan Pengurusan dan Professional dan 150 orang staf Kumpulan Sokongan 1 terlibat di dalam tinjauan ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik berstruktur yang ditadbir sendiri oleh responden sebagai peralatan kajian. Statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan tentang frekuensi, peratusan, min dan jumlah skor oleh responden. Analisis ujian-t digunakan untuk mengetahui perbezaan pendapat responden dari segi jantina dan kumpulan perkhidmatan. Manakala analisis anova digunakan untuk mengetahui perbezaan pendapat responden dari segi tempoh lama bekerja dan tahap pendidikan mengenai Felcra sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Kajian mendapati majoriti responden berpendapat bahawa Felcra sebagai sebuah organisasi pembelajaran pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara pendapat staf lelaki dan staf wanita,dan signifikan diantara pendapat staf yang berkelulusn SPM ke bawah dengan staf berkelulusan STPM/DIPLOMA dan staf berkelulusan IJAZAH/IJAZAH LANJUTAN.


Download File

[img] Text
FPP_L_1997_2.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Felcra - Case studies
Subject: Land settlement - Malaysia - Study and teaching - Case studies
Call Number: FPP/L 1997 2
Chairman Supervisor: Dr. Abu Daud Silong
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 18 Jul 2011 06:56
Last Modified: 31 May 2024 08:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11180
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item