Citation
Abstract
Keterjaminan makanan didefinisikan oleh FAO sebagai situasi di mana setiap individu memiliki akses yang berterusan kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan memenuhi keperluan serta citarasa pemakanan mereka untuk hidup aktif dan sihat. Di Malaysia, ternyata ekosistem makanan rapuh apabila negara dilanda dengan masalah perubahan iklim, ketidakstabilan pasaran dunia, dan ketidakimbangan antara penawaran dengan permintaan. Dalam usaha menangani masalah ini, Malaysia telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025. Keduadua dokumen ini menggariskan strategi-strategi berkesan bagi menggembleng sumber asli, modal insan, penyelidikan dan pembangunan, dan teknologi ke arah pembangunan industri agromakanan, sejajar dengan matlamat “Kelaparan Sifar” yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan UNESCO. Dengan berbekalkan sejarah serta reputasinya yang cemerlang khususnya dalam bidang pertanian, UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia beriltizam untuk memastikan agenda keterjaminan makanan negara dapat dicapai dengan jayanya. Untuk itu, UPM melancarkan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM 2024 sebagai bahan rujukan dan panduan utama yang mendasari usaha warga UPM dalam merealisasikan agenda keterjaminan makanan negara. Blueprint ini menggariskan tiga (3) lonjakan utama, iaitu: i. Lonjakan Teras: mencakupi Kecemerlangan Akademik, Dampak Penyelidikan dan Inovasi, Keterlibatan Komuniti dan Industri, ii. Lonjakan Pemboleh Daya: meliputi Kecekapan Governans, Kelestarian Kewangan, Ketersediaan Bakat, Kecanggihan Infrastruktur, Kolaborasi dan Rangkaian Global dan Komunikasi Strategik, iii. Lonjakan Keberhasilan: merangkumi Keunggulan Graduan dan Usahawan Tani, Kebolehgunaan Teknologi dan Inovasi, dan Pengupayaan Komuniti Tani. Bagi memacu ketiga-tiga lonjakan ini, blueprint ini mensasarkan impak keberhasilan dalam empat (4) aspek, iaitu: i. Peningkatan pengeluaran; ii. Peningkatan kualiti pemakanan; iii. Peningkatan kualiti alam sekitar; dan iv. Peningkatan kualiti kehidupan. Pada tahap Universiti sasaran impak keberhasilan merangkumi: i. Keunggulan Graduan dan Usahawan Tani; ii. Kebolehgunaan Teknologi dan Inovasi; dan iii. Pengupayaan Komuniti Tani. Penggemblengan lonjakan dan impak keberhasilan ini bukan sahaja menuntut komitmen yang padu daripada seluruh warga UPM, bahkan daya kreativiti serta daya inovasi mereka yang luar biasa bagi menghasilkan cara penyelesaian yang praktikal dan lestari. Dengan gabungan kerangka yang mantap, konsep yang tepat, dan strategi pencapaian yang terkehadapan, negara akan dapat mewujudkan ekosistem makanan yang lestari, berdaya tahan dan setara, serta mampu mendepani apa juga krisis yang berlaku pada masa akan datang.
Download File
|
Additional Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Divisions: | Faculty of Agriculture Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences Faculty of Educational Studies Faculty of Human Ecology Faculty of Modern Language and Communication Institute of Tropical Agriculture and Food Security Putra Business School Universiti Putra Malaysia Hospital Pengajar UPM School of Business and Economics |
Publisher: | Penerbit Universiti Putra Malaysia |
Keywords: | Food supply; Food security; Higher education; Government publication |
Depositing User: | Ms. Nuraida Ibrahim |
Date Deposited: | 19 Aug 2024 04:01 |
Last Modified: | 30 Sep 2024 04:31 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/111796 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |