Citation
Sipon, Dzukifli
(1996)
Iklim Organisasi Dan Perkaitannya Dengan Prestasi Kerja Pegawai Perunding Perbadanan Produktiviti Negara (Npc).
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara iklim
organisasi dengan prestasi kerja pegawai perunding Perbadanan
Produktiviti Negara (NPC). Seramai 92 orang pegawai perunding yang
terdiri daripada pegawai perunding tingkatan biasa dan pegawai perunding
tingkatan kanan yang dikategorikan dalam Gred E3 (Pegawai Latihan -
Kumpulan Pengurusan dan Profesional) menurut skim perkhidmatan Sistem
Saraan Baru (SSB) dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah
persampelan stratifikasi.
Kajian menggunakan soal selidik berstruktur yang ditadbir sendiri oleh
responden sebagai peralatan kajian. Kajian mendapati responden
menganggap iklim organisasi NPC adalah pada tahap sederhana dan
prestasi kerja pegawai perunding adalah pada tahap tinggi. Iklim organisasi
didapati mempunyai perkaitan positif yang lemah dengan prestasi kerja
pegawai perunding NPC. Hasil kajian ini adafah hampir sama dengan
beberapa kajian yang dijalankan di Barat.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |