Citation
Hamzah, A'ni
(1995)
Analisis Keperluan Latihan Untuk Pegawai Tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Analisis keperluan latihan pegawai tadbir (N3) Universiti Pertanian
Malaysia (UPM) dijalankan selaras dengan perancangan pengkorporatan
universiti ini. Kajian ini bertujuan mengetahui pengetahuan dan kemahiran N3
yang diperlukan bagi membantu universiti ini mencapai misi barunya. Kajian ini
juga adalah untuk mengetahui kecukupan kemahiran N3 dan keperluan latihan
mereka mengikut jabatan (Jabatan Pendaftar, Canselori dan Fakulti). Selain dari
itu, kajian juga adalah untuk melihat perbezaan tanggapan antara N3 dan ketua
mereka terhadap keperluan latihan.
Kajian ini berdasarkan tugas-tugas N3 dan tertumpu kepada fungsifungsi
pengurusan. Responden terdiri daripada 37 orang N3 dan 37 orang ketua
atau penyelia mereka. Kajian ini menggunakan dua komponen penilaian iaitu
perkaitan dengan tugas dan kecekapan pegawai. Keutamaan latihan
dikategorikan mengikut gabungan skor purata komponen 'perkaitan dengan
tugas' dan 'kekurangan kemahiran'. Darjah keperluan latihan yang tinggi
ditunjukkan oteh pasangan skor 'perkaitan dengan tugas' yang tinggi dan skor
'kekurangan kemahiran' yang tinggi.
Analisis keperluan Iatihan ini mendapati bahawa dari aspek perkaitan
subjek latihan dengan tugas, 60.7% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap
sederhana dan 39.3% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi. Dad
aspek kekurangan kemahiran pula, 2 1 .4% N3 mempunyai skor pemberat pada
tahap sederhana dan 78.6% mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |