UPM Institutional Repository

Persiap mental dan fizikal urus anak kembar siam


Citation

Kosmo, . Persiap mental dan fizikal urus anak kembar siam. in Kosmo, (17 April 2024), p. 21. (Call Number: 2024/04-044)

Abstract

Persiap mental dan fizikal urus anak kembar Siam IBU bapa yang mempunyai atau bakal mendapat anak kembar Siam perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menjaga serta merawat cahaya mata istimewa itu. Sekiranya dltinjau dari aspek psikologi, persediaan rapi diperlukan bagi menerima anak kembar Siam. Menurut Pegawai Psikologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Norezzati Md. Hanaftah, perasaan risau dan tidak pasti akan timbul kepada ibu bapa yang bakal menerima anak kembar Siam. "Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah membuat pembacaan tentang penjagaan anak kembar Siam. "Mereka juga perlu sentiasa berhubung serta mendapatkan nasihat perubatan daripada pegawai atau pakar. "Wu bapa juga perlu peka dengan keperluan khas anak-anak. Jika ada janji temu perubatan yang perlu dihadiri, maka perlu ikut jadual dan ubat hares dimakan secara berkala: katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Tambahnya, anak kembar Siam juga memerlukan perhatian rapi, maka ibu bapa boleh mula meneliti semula perbelanjaan keluarga dan pengurusan kewangan. Dari aspek fizikal pub, ibu bapa perlu belajar menerima keadaan anak kembar Siam. "Oleh itu, ibu bapa seharusnya belajar untuk menerima anak istimewa ini kerana is akan mempengaruhi perasaan serta pemikiran," ujarnya. Katanya lagi, ibu bapa tidak boleh menoleh ke belakang dan mempersoalkan takdir Tuhan serta lain-lain. Ujarnya, mereka perlu fokus pada apa yang boleh dilakukan pada masa sekarang serta mencari cad solusi untuk menguruskan keluarga dengan lebih baik.


Download File

[img] Text
Persiap mental dan fizikal urus anak kembar siam.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Newspaper
Keywords: Conjoined twins preparation; Mental preparation for conjoined twins; Physical readiness for special needs; Managing conjoined twins
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 02 Oct 2024 02:30
Last Modified: 02 Oct 2024 02:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/111352
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item