UPM Institutional Repository

COSAFS 2024 anjuran UPMKB berlangsung pada 10-13 Julai


Citation

Utusan Borneo, Sarawak COSAFS 2024 anjuran UPMKB berlangsung pada 10-13 Julai. (23 March 2024), (Call Number: B 2024/03-073)

Abstract

BINTULU: Kongres Pertanian Mampan dan Keselamatan Makanan (COSAFS) 2024 anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan berlangsung dari 10 hingga 13 Julai depan. Kongres empat hari itu mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD). Ia merupakan tarikh dan tempat baharu dan diawalkan dari tarikh lama kongres sepatutnya berlangsung di Kuching pada Oktober nanti, menurut UPMKB dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Dalam pada itu, UPMKB berharap agar peserta kongres itu nanti dapat berhubung dengan urus setia dan melayari laman sesawang COSAF bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung pindaan tarikh dan lokasi acara. Urus setia memberitahu COSAFS 2024 diadakan sempena sambutan Sarawak Agrofest 2024 dan Hari Sarawak 2024 sememangnya menjanjikan ilmu berguna berkaitan sektor pertanian dan keselamatan makanan. Pada masa sama, ia menjadi landasan kepada semua penggiat sektor pertanian di Sarawak bertukar pengetahuan mengenai inisiatif penting bagi memajukan pertanian mapan dan memperkukuh keselamatan makanan untuk generasi akan datang. Untuk maklumat lanjut, peserta yang ingin mengambil bahagian boleh melayari laman sesawang COSAF di http://cosafs2024.upm.edu.my/ manakala bagi pendaftaran secara online mereka boleh layari https://forms.gle/2VA3dtHkwPVCkL8u8.


Download File

[img] Text
COSAFS 2024 anjuran UPMKB berlangsung pada 10-13 Julai.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Newspaper
Subject: seminars
Subject: Sustainable agriculture - Congresses
Subject: Food security - Malaysia
Depositing User: Siti Sunarti Waini Osman
Date Deposited: 02 Jul 2024 02:47
Last Modified: 02 Jul 2024 02:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/111302
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item