Citation
Mohd.Noor, Norsiah
(1994)
Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian Di Negeri Selangor
Dan Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengannya.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Komitmen belia dalam pertanian merupakan perkara penting dalam usaha
memenuhi keperluan makanan dalam negara. Tren yang dapat dilihat ialah belia
sudah kurang berminat untuk terus berada dalam bidang pertanian atau
menjadikan bertani sebagai suatu kerjaya. Walau bagaimanapun terdapat
sebilangan kecil belia yang masih mahu terus berusaha dalam bidang ini.
Justeru itu profil latar belakang dan sikap belia yang komited ini merupakan
masalah yang releven untuk dikaji.
Objektif am kajian ini ialah untuk mengetahui tahap komitmen belia tani
dalam projek pertanian. Kajian ini dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor
melalui seramai 140 orang belia tani yang dipilih secara rawak.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |