UPM Institutional Repository

Kesan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran ke Atas Pengetahuan dan Kemahiran Kerja Ladang Pelajar Diploma Pertanian Tahun Satu UPM


Citation

Sangun, Enisar (1993) Kesan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran ke Atas Pengetahuan dan Kemahiran Kerja Ladang Pelajar Diploma Pertanian Tahun Satu UPM. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Objektif kajian eksperimen quasi ini adalah: 1) Untuk mengenal pasti kesan penggunaan pelbagai media pengajaran terhadap pengetahuan pelajar; 2) Untuk mengenal pasti kesan kemahiran pengajar dalam menggunakan kaedah pengajaran tunjuk cara terhadap tahap kemahiran pelajar; dan 3) Untuk mengenal pasti tanggapan pelajar terhadap penggunaan media pengajaran berbentuk video pengajaran dan nota pengajaran untuk Latihan Kerja Ladang. Kajian dijalankan mengikut Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa. Seramai 137 orang pelajar Diploma Pertanian Tahun Satu UPM Sesi 1992/93 dapat menyertai kajian ini. Pelajar telah menonton video pengajaran dan diberi nota mengikut kumpulan. Selain itu, pengajar juga menonton video dan diberi nota pengajaran yang sama, serta mengikuti satu bengkel penggunaan pelbagai media pengajaran untuk kerja ladang.


Download File

[img] PDF
FPP_L_1993_8_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Agricultural students - Study and teaching - Audiovisual aids - Case studies
Call Number: FPP/L 1993 8
Chairman Supervisor: Haji Md. Salleh Haji Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 15 Jun 2011 06:27
Last Modified: 15 Jun 2011 06:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11105
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item