Citation
Markom, Mohd Nasir
(1993)
Analisis Pemilihan Program UPM di Kalangan Pemohon yang Ingin Memasuki Universiti / Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian bertujuan untuk mengkaji pola pemilihan
program-program
yang ditawarkan oleh UPM di kalangan
calon-calon yang ingin memasuki Universiti/Institusi
Pengajian Tinggi. Kajian dikhususkan kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) dan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang memohon masuk
keprogram - program diploma, matrikulasi dan program
ijazah.Kajian menggunakan data yang diambil secara rawak
daripada senarai merit sesi 1992-93 yang merangkumi
kedua-dua jenis peperiksaan,SPM dan STPM, aliran Sains
dan aliran Sastera, Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Kajian dibantu oleh data-data yang diperolehi daripada
Unit Pusat Universiti (UPU) meliputi jumlah permohonan
masuk ke Universiti bagi tempoh lima tahun kebelakangan
(1980/89- 1992/93). Data-data yang diperolehi
dianalisa secara statistik am seperti peratusan dan
purata.
Hasil kajian mendapati bahawa jumlah permohonan ke
UPM bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini adalah
semakin berkurangan, meskipun jumlah permohonan ke Universiti-Universiti secara kesaluruhannya semakin meningkat.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |